Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Siap Jual Ayam Kampung dan Pastry Sedap, Ramai Cakap Petronas Pendang Unik Sebab…

Si Bunga by Si Bunga
Mei 31, 2022
in info makanan, Review, Tempat Makan
3 min read
0 0
0
Siap Jual Ayam Kampung dan Pastry Sedap, Ramai Cakap Petronas Pendang Unik Sebab…
0
SHARES
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bila bercerita tentang Petronas, kita pasti sudah terbayang snek dan minuman yang biasa kita beli bila kita singgah mengisi minyak atau tambah nilai Touch ‘N Go.

Ada kalanya, sesetengah Petronas mungkin ada jual makanan lain seperti pau, jagung, atau kuih muih.

Namun, penemuan satu Petronas yang sangat unik di Pendang ini buatkan ramai orang terkejut! Anda pasti tak sangka apa yang anda boleh dapati di sini.

Sebaik saja masuk ke dalam, anda sudah boleh merasai suasana macam di pasar raya! Mana tidaknya, ada macam-macam barangan basah, rempah ratus dan keperluan dapur terjual dekat sini!

Ayam Kampung Pun Ada!

Sejak cawangan Petronas ini tular di media sosial, ramai yang cukup kagum dengan konsep unik yang dibawakan oleh stesen pam minyak ini.

Stesen pam minyak ini juga dikatakan cawangan Petronas pertama yang menawarkan barangan basah. Jangan tak percaya, ayam kampung segar, ikan kembung, ikan selayang semua ada dekat sini tau.Petronas Pendang Selain itu, pelanggan juga boleh dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, rempah ratus, barangan kering seperti tepung, beras dan gula pasir, serta barangan sejuk beku. Tak payah singgah banyak tempatlah kalau ada Petronas macam ni!

Petronas Pendang

Selain itu, keperluan lain pun ada seperti barangan mandi, cecair peluntur, peluntur, pewangi rumah dan sebagainya.

Petronas Pendang Petronas Pendang ini juga pernah tular di TikTok tak lama dahulu. Rata-rata netizen cukup terkejut dengan produk yang ditawarkan di sini sambil memuji konsep pasar raya yang diketengahkan oleh pemiliknya. Memang bernas!

@siti5874

Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower

♬ original sound – Hero yang tak didendang – SxxfxL xzLxN

BacaJuga

Café Mesra Bawakan Suasana Yang Lebih Santai. Jom Cuba Makanan Fusion dan Kopi Yang Dibru Segar di Petronas!

Café Mesra Bawakan Suasana Yang Lebih Santai. Jom Cuba Makanan Fusion dan Kopi Yang Dibru Segar di Petronas!

Julai 31, 2022
35
Pengusaha Bawang Goreng Kongsikan Cara Untuk Masukkan Produk Sendiri Di Stesen Minyak Petronas

Pengusaha Bawang Goreng Kongsikan Cara Untuk Masukkan Produk Sendiri Di Stesen Minyak Petronas

Julai 25, 2022
325

Petronas Pendang Siap Ada Café Best Tau!

Bukan setakat menawarkan barangan keperluan di dapur yang serba lengkap, Petronas yang sangat unik ini juga menempatkan Pablo Café yang menjual aneka minuman yang menyegarkan, pastri dan kek.

Oden pun ada tau! Walaupun harganya mampu milik, namun kualiti makanan dan minuman di Pablo Café ini bukan biasa-biasa!

Antara minuman yang selalu dipesan di sini adalah Strawberry Cheesecake Oat dan Caramel Chocolate Chip. Tengok pun dah tau sedap!

Petronas Pendang Petronas Pendang

Petronas Pendang

Petronas Pendang

Rata-rata orang di sekitar Pendang sudah menjadikan cawangan Petronas ini sebagai tempat persinggahan yang wajib bagi mereka untuk dapatkan keperluan harian. Sangat memudahkan mereka untuk dapatkan pelbagai barangan pada waktu kecemasan atau pada lewat malam!

Serba serbi lengkap dari barangan dapur, kelengkapan peribadi dan barangan kering, memang wajarlah tempat ini selalu ramai pengunjungnya.

Kalau dekat memang nak serbu! Siapa yang ada plan nak ke utara, jangan lupa untuk singgah ke Petronas Pendang! Setakat ini, memang cawangan stesen minyak ini sajalah yang menawarkan pengalaman membeli-belah persis macam di pasar raya.

Bagi yang ada berdekatan Pendang, Kedah, jangan lupa untuk singgah di cawangan Petronas yang cukup unik ni.

Sumber : Facebook Petronas Pendang, TikTok @siti5874

Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
download udemy paid course for free
download redmi firmware
Tags: Petronas
ShareTweetSend

Related Posts

beza masak sambal
info makanan

Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!

Jun 7, 2023
503
kedai kopi mantap di Kota Bharu Kelantan
Info

Ini Senarai Top 20 Kedai Kopi Mantap Di Kota Bharu Kelantan, Rugi Kalau Tak Cuba!

Jun 4, 2023
393
Bukan Setakat Nasi Lemak, Ini 10 Tempat Makan Menarik di Kampung Baru Yang Anda Patut Cuba
info makanan

Bukan Setakat Nasi Lemak, Ini 10 Tempat Makan Menarik di Kampung Baru Yang Anda Patut Cuba

Mei 31, 2023
517
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist