Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Cantikkan Kuku Dengan 3 Bahan Ini, Tak Perlu Pergi Spa Dan Bayar Mahal-Mahal Pun!

Petua Cantikkan Kuku Dengan 3 Bahan Ini, Tak Perlu Pergi Spa Dan Bayar Mahal-Mahal Pun!

Kategori: ,
petua cantikkan kuku dengan bahan dapur

Selain muka, kuku juga merupakan antara bahagian yang patut dijaga. Jangan muka sahaja putih dan cantik namun kuku hitam legam. Lebih-lebih lagi untuk yang bakal melangsungkan perkahwinan atau bertunang. Barulah suami atau bakal mak mertua akan suka lihat jari kita yang cantik, bersih dan berkilat je.

Nak cantikkan kuku ini tak perlu menghabiskan beratus ringgit pun atau tak perlu ke Spa untuk dapatkan rawatan pun. Korang boleh gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.

Bahan-bahan tersebut adalah bawang putih, kulit tembikai dan juga limau atau lemon. Nak cuba cantikkan kuku? Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh no or ini.

Cara Cantikkan Kuku Tanpa Berbelanja Lebih

1. Bawang Putih

Kupas kulit bawang putih dan bersihkan. Tumbuk lumat dan gosokkan ke atas kuku. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan jadi lebih berkilat dan dalam masa yang sama manfaat dari bawang putih ini boleh kuatkan struktur kuku juga.

2. Kulit Tembikai

Yang ini percaya tak? Kulit buah tembikai boleh berikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Cara dia, gosok kulit buah tembikai ke atas kuku. Biarkan kering kemudian cuci dengan air hingga bersih.

3. Limau Nipis/Lemon

Hiris beberapa kepingan limau nipis/lemon. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Amalan ini juga boleh bantu hilangkan kuku yang kuning tu. Jadinya kuku sentiasa cantik dan sihat.

Mudah sahaja kan nak cantikkan kuku. Tak perlu bayar mahal atau mendapatkan rawatan di Spa pun. Guna sahaja bahan-bahan di atas. InshaAllah menjadi!

Semoga bermanfaat!

Kredit: no or

Baca juga: Amal Air Rebusan Asam Gelugur Ini, Bantu Turunkan Berat Badan & Cantikkan Kulit

 

tags: