Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Amal Air Rebusan Asam Gelugur Ini, Bantu Turunkan Berat Badan & Cantikkan Kulit

Amal Air Rebusan Asam Gelugur Ini, Bantu Turunkan Berat Badan & Cantikkan Kulit

Kategori:
Air Rebusan Asam Gelugur

Orang ‘dulu-dulu’ kebanyakan sihat tubuh badan dan langsing sebab selalu mengamalkan petua tradisional. Berbeza dengan sekarang, ramai yang mengambil suplemen yang merbahaya demi untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Jadi, jika anda mencari-cari petua untuk turunkan berat badan sekaligus untuk mencantikkan kulit, boleh amalkan petua di bawah. Mudah-mudahan petua ini dapat membantu anda yang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Amal Air Rebusan Asam Gelugur Ini, Bantu Turunkan Berat Badan & Cantikkan Kulit

Sebenarnya, air rebusan ni sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk turunkan berat badan.

Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnya kalau korang minum air ni, badan korang takkan serap lemak atau lemak takkan buat meeting dalam badan korang dalam bahasa mudahnya. Best kan? Makan tapi lemak tak stay.

Banyak lagi khasiat asam gelugur ni yang korang tak tahu lagi selain turunkan berat badan. Antaranya:

  • Kawal kolesterol
  • Lawaskan penghadaman
  • Rawat cacing dalam badan
  • Kecutkan rahim
  • Kurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout
  • Kurangkan tekanan darah tinggi

Dan daun pandan ni pula untuk hilangkan bau badan dan jugak hilangkan lenguh-lenguh badan. Jadi, Jom kita buat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5-6 keping asam gelugur
  • Daun pandan(simpul atau koyakkan)
  • 5 gelas air

Cara-cara:

  1. Rebuskan semuanya sekali sampai menggelegak dan tapiskan sebelum minum airnya.
  2. Amalkan minum sebelum makan, minum suam atau sejuk..tapi mestilah yang suam bagus. Dan boleh tambahkan madu untuk bagi rasa manis.

Nota: Bagi yang ade gastrik tak digalakkan tapi boleh cube mandian Zumba BodyWαsh yang bahannya dari serai, halia dan manjakani untuk keluarkan angin dalam badan tu dan boleh juga untuk kuruskan badan.

Kredit: Suhaniza Isenen

Baca juga: Anda Kencing Kotor Dan Tak Lawas? Air Campuran Barli Ini Mampu Merawat Penyakit Tersebut

tags: | |