Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Cepat Meredakan Batuk & Hidung Tersumbat. Hanya Guna 3 Bahan Di Dapur Sahaja, Memang Padu Hasilnya!

Petua Cepat Meredakan Batuk & Hidung Tersumbat. Hanya Guna 3 Bahan Di Dapur Sahaja, Memang Padu Hasilnya!

Kategori: ,
thumnail meredakan batuk

Anda mencari penawar untuk meredakan batuk dan hidung tersumbat? Namun tak pernah berjaya untuk menghilangkannya. Apatah lagi, setelah banyak kali mencuba pelbagai jenis ubat, tapi batuk dan hidung tersumbat masih tidak hilang sehinggakan sampai satu tahap anda ingin berputus asa.

Kejadian ini terjadi kepada Masni Mohd sehinggalah akhirnya dia mengamalkan satu petua sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit batuk dan hidung tersumbat. Jom ketahui lebih lanjut petua yang diamalkan oleh Masni Mohd ini.

Petua Redakan Batuk & Hidung Tersumbat

Kalau kita tak ikhtiar memang tak akan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan, masih tak mampu membantu. Kita cuba yang tiga benda ini, alhamdulillah, syukur memang padu keputusannya. Terima kasih ya Allah.

Bahan-bahan redakan batuk & hidung tersumbat:

  • Lemon
  • Cengkih
  • Madu

Cara-caranya:

  1. Lemon dipotong (nak letak berapa keping pun boleh, mengikut citarasa anda)
  2. 6 biji cengkih di cuci.
  3. 2 sudu makan madu
  4. Letak kesemua dalam cawan, kemudian tuang dengan air panas. Tunggu suam, baru minum.Nota kecil: Elakkan minum dengan ais batu!meredakan batuk

Melihat diruangan komen, ramai yang telah mencuba petua ini. Malah, ada juga yang memberikan komen bahawa petua ini bukan hanya dapat meredakan batuk dan hidung tersumbat tapi ia juga boleh diamalkan semasa positif covid.

meredakan batuk 1meredakan batuk 2meredakan batuk 3meredakan batuk 4meredakan batuk 5Jadi buat anda yang mengalami masalah yang sama, bolehlah amalkan petua yang dikongsikan oleh Masni Mohd ini. Diharap dengan adanya petua sebegini dapat membantu anda dalam meredakan batuk dan hidung tersumbat anda.

Semoga bermanfaat & Jom cuba sekarang!

Kredit: Masni Mohd

Baca juga: Dalam Masa ‘Satu Hari Sahaja Dah Boleh Hilang, Ini Tips Paling Mudah Untuk Hilangkan Batuk!

tags: | | |