Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Manfaatkan Air Bawang Merah, Ini Petua Daun Pokok Kesum Rimbun & Banyak Daun

Manfaatkan Air Bawang Merah, Ini Petua Daun Pokok Kesum Rimbun & Banyak Daun

Kategori: ,
daun pokok kesum

Bagi yang menanam pokok kesum di rumah, Min ada satu tip untuk dikongsi bersama pembaca Daily Makan supaya pokok semakin lebat dan banyak daun.

Ini kerana, kebiasaan pokok kesum yang ditanam tidak membesar dengan lebat, sedangkan daun pokok kesum itulah yang penting untuk kita guna.

Jadi kali ini, jom amalkan cara penyediaan sebegini supaya daun pokok kesum rimbun dengan hanya menggunakan jirusan air bawang.

Manfaatkan Air Bawang Merah Untuk Banyak Akar & Sembur Untuk Banyakkan Pucuk Pokok Kesum

Cara Buat Air Bawang Merah:

  1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau guna bawang merah besar ambil satu biji.
  2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.
  3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.
  4. Peram 1 hingga 2 hari.
  5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.
  6. Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.

Siap sudah air bawang merah untuk suburkan daun pokok kesum ini. Ingat, jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.

Sumber: Noridah Tahir

Baca juga: Wanita Ini Buat 2 Set Bekal Untuk Anak Dan Kawan Anaknya Yang Kehilangan Ibu, Tindakannya Dipuji Ramai

tags: |