Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Mudah Nak Halau Bubuk Dalam Beras, Tak Payah Jemur Tapi Guna Je Cara Ini!

Petua Mudah Nak Halau Bubuk Dalam Beras, Tak Payah Jemur Tapi Guna Je Cara Ini!

Kategori: ,

Bubuk merupakan antara serangga yang selalu ada dalam beras dan juga gandum. Kadangkala bubuk dalam beras terlalu banyak sehingga terpaksa dibuang. Kalau beras sikit tak apa, kalau masih lagi banyak membazir bukan? Dah guna pelbagai cara nak halau bubuk ni tapi still juga tak menjadi.

Mungkin korang semua boleh cuba guna cara halau bubuk yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun ini. Memang mudah sangat caranya, tak payah jemur atau letak apa-apa bahan dapur. Hanya masukkan dalam oven sahaja.

Nak cuba cara halau bubuk terpaling mudah abad ini? Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara paling mudah halau bubuk yang dah berkampung

6 bulan tinggal rumah. Beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab malas keluar rumah. Lagipun sekarang cuaca hujan kan. 

Panaskan oven sekejap, masukkan beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 minit. Biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia. 

Kalau takda oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali. Sekejap ja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak. 

Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras. kalau takde warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba patahkan beras tu. Dalam dia ada ulat bubuk. 

cara halau bubuk paling mudah

Nota: Selepas bakar tu ayak dulu agar semua bubuk terasing atau keluar.

Mudah sahaja kan cara untuk halau bubuk ni? Masukkan je dalam oven. Tapi jangan lama sangat ye. Nanti tak pasal-pasal hangus pula. Jangan lupa untuk kongsikan petua mudah untuk halau bubuk ni dengan kenalan anda!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nurhasanah Harun Via MATJHN

Baca juga: Banyak Kutu Dalam Beras? Ini Dia 5 Petua Hilangkan Kutu Beras Dengan Pantas Dan Berkesan

tags: