Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kesian Tengok Anak-Anak Batuk? Ini Dia Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-Kanak Dengan 2 Bahan!

Kesian Tengok Anak-Anak Batuk? Ini Dia Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-Kanak Dengan 2 Bahan!

Kategori: ,
petua hilangkan batuk berkahak

Tengok anak-anak demam, kurang sihat dan jatuh sakit adalah menjadi mimpi ngeri bagi para ibu bapa. Mana tidaknya, apabila mereka kurang sihat sudah tiada riuh rendah suara mereka. Yang didengar hanyalah suara batuk yang bertalu-talu. Lebih-lebih lagi sekarang ini musim di mana ramai kanak-kanak yang demam dan batuk.

Dengar diaorang batuk tu, buntu rasanya. Tak tahu nak buat apa, lebih-lebih lagi kalau anak-anak mengadu sakit dada. Hendak tidur malam pun susah jadinya. Sudah ke klinik namun tetap juga batuk-batuk lagi. Mungkin anda boleh cuba petua hilangkan batuk berkahak kanak-kanak yang dikongsikan oleh Nieyla Husna ini.

Menurutnya, ini adalah petua dari ibunya. Setiap kali anak batuk memang dia akan menggunakan petua ini. Katanya senang, barangnya pun mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita lihat perkongsia tersebut di bawah ini.

Cara Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-Kanak

Minyak bawang putih. 

Petua ni dari mak, setiap kali anak batuk memang guna petua ni. Senang sangat sebab barangnya pun tak susah mana. Memang sedia ada kat dapur kita dah. 

  1. Ambil bawang putih. Tak kisah la berapa ulas. Dua tiga ulas pun boleh. Tak buang kulit pun takpe. Buang pun takpe. 
  2. Kemudian, cucuk bawang putih tu dekat garfu dan bakar atas api dapur. Bakar sampai hitam. 
  3. Selepas dah bakar, dia akan jadi macam dalam gambar. Yang hitam hitam tu jangan buang ya. Biarkan begitu je. 
  4. Lepas tu, letak la minyak. Minyak zaitun pun boleh, minyak rambut baby pun boleh. Minyak kelapa dara pun boleh. ini saya letak minyak masak tu je. 
  5. Kemudian tekan-tekan bawang tu dengan sudu. Bagi bawang tu hancur sikit dan keluar minyak yang ada dekat bawang tu. Bau bawang putih ni wangi tau. 
  6. Bagi hancur macam ni je. Lepas tu sediakan bekas untuk letak minyak bawang putih ni. Jangan pula letak garam la perasa la. Bukan untuk memasak ya. 
  7. Akhirnya, siap dan boleh digunakan. Sapu dekat badan anak, malam tidur nyenyak je. Urut pada bahagian tapak kaki, dada dan belakang bayi. 

Buat anda yang sudah mencuba pelbagai cara, mungkin boleh cuba petua hilangkan batuk berkahak kanak-kanak dengan cara menggunakan minyak bawang putih ini. Kita hanya mencuba dan ikhtiar sebaik mungkin. Allah jua lah yang maha menyembuhkan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nieyla Husna

Baca juga: Petua Cepat Meredakan Batuk & Hidung Tersumbat. Hanya Guna 3 Bahan Di Dapur Sahaja, Memang Padu Hasilnya!

 

tags: |