Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Hilangkan Selumbar Atau Duri Yang Terkena Jari Dengan Mudah, Rendam Dalam Air Bancuhan Ini Je!

Petua Hilangkan Selumbar Atau Duri Yang Terkena Jari Dengan Mudah, Rendam Dalam Air Bancuhan Ini Je!

Kategori:

Selalunya selumbar atau duri ini melekat pada jari kita apabila kita memegang ranting kayu, kayu atau apa-apa papan kan? Nak mencabutnya punya lah susah. Lebih-lebih lagi kalau selumbar tu betul-betul halus. Sampai kadang-kadang terpaksa kepitkan kulit jari tu.

Kalau sakit tu terpaksa tahan je. Tapi mungkin selepas ini korang boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Rose Ramli ini. Menurutnya dia hanya menggunakan air suam dan garam sahaja. Selepas 30 minit merendamkan jari dalam air tersebut, selumbar pada jari keluar dengan mudah.

Nak tahu petua dan cara tersebut? Jom kita ikuti perkongsian dari Rose Ramli di bawah ini.

Cara Hilangkan Selumbar Pada Jari Dengan Mudah

Petua yang baik kena kongsi.

Baru2 ni sy sibuk menanam tetiba jari sy terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dlm jari. Sy cuba keluarkan guna kepit kuku tp gagal.

2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit, saya taruh ivmist pun kjap jer ilang sakitnya.

Sy pun tgk utiub cara utk keluarkan duri/selumbar.

Caranya ambil air suam campur garam (sy buat 3 sudu kepci utk secawan air ni) rendam jari.

Sy pun rendam jari sambil tgk tv. Rasanya tk sampai 30 minit. Sy cuba tekan jari yg bengkak tu. Senang jer duri meluncur keluar. Tak sakit lansung.

Sblm ni sy cuba picit keluar, dah la tk bole, sakit pulak tu.

Tu yg sy bulatkan merah tu durinya. Mmg kecik tp sgt bebisa. Ada yg sy baca duri jarum tujuh bilah penah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau weiiii!

Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.

Harap2nya sesapa ada masalah cam sy ni bole la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba!

Mungkin anda boleh simpan petua untuk hilangkan selumbar atau duri pada jari ini. Kalau tiba-tiba ahli keluarga atau kenalan yang terkena bolehlah guna cara atau kaedah ini. Jangan lupa juga untuk kongsikan kepada kenalan anda ya!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Rose Ramli

Baca juga: Hati-Hati Guna Sudip Kayu, Wanita Ini Terpaksa Tahan Perit Sakit Tekak Akibat Tertelan Selumbar Dari Sudip Kayu 

tags: |