Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Orang Lama Nak Sedapkan Kuah Kacang Nasi Himpit, Letak ‘Benda’ Ni Bila Kuah Dah Masak

Petua Orang Lama Nak Sedapkan Kuah Kacang Nasi Himpit, Letak ‘Benda’ Ni Bila Kuah Dah Masak

Kategori:
petua sedapkan kuah kacang

Kuah kacang nasi himpit merupakan antara menu yang wajib ada ketika menyambut hari raya. Selain di makan dengan nasi himpit, kuah kacang ini juga kebiasaannya dimakan bersama-sama dengan sate dan ketupat. Kuah kacang ini memang sangat popular dalam kalangan orang lama. Kalau orang lama buat pasti rasanya lain macam. Terlampau sedap.

Nak tahu tak kenapa orang lama buat rasa dia terlebih sedap? Sebab kebanyakan daripada mereka ini meletakkan arang yang dibakar ke dalam kuah kacang setelah kuah kacang siap dimasak. Tapi jangan pula letak seketul macam tu je. Alaskan dengan aluminium foil. Macam yang kita buat untuk nasi arab tu.

Petua Letak Arang Bakar Dalam Kuah Kacang Akan Sedapkan Kuah

  1. Masak kuah kacang mengikut citarasa anda.
  2. Apabila kuah dah siap masak letak atau masukkan mangkuk kecil (yang dibuat daripada aluminium foil).
  3. Kemudian tuangkan minyak dalam mangkuk kecil tu dan masukkan arang bakar.
  4. Tutupkan periuk supaya asap dapat menyerap masuk ke dalam kuah.
  5. Selepas 10-15 minit, buang mangkuk aluminium tadi dan kacau-kacau.
  6. Siap dan selamat menjamu selera!

Sebagai contoh :

Selamat Mencuba!

Baca juga : Resepi Nasi Impit Homemade Bersama Kuah Kacang Paling Simple

tags: | |