Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Impit Homemade Bersama Kuah Kacang Paling Simple

Resepi Nasi Impit Homemade Bersama Kuah Kacang Paling Simple

Kategori: ,
Nasi Impit Homemade

Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bakal menjelma tidak lama lagi. Jika anda masih tercari-cari menu di pagi raya, resepi ini sesuai dijadikan menu sampingan disamping lontong, rendang dan menu lain. Jom cuba resepi nasi impit homemade bersama kuah kacang ni, pasti sedap!

Resepi Nasi Impit Homemade Bersama Kuah Kacang

 

Bahan-Bahan Nasi Impit :

  • Beras
  • Plastik  saiz 5×8

Cara-Cara:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan beras sukatan 1/2 plastik. Lipat hujung plastik dan stapler.
  3. Buat lubang-lubang kat plastik menggunakan garpu/lidi.
  4. Rebus dalam 2 jam dah boleh angkat. Rebus lama lagi elok, nasi impit tak mudah basi.
  5. Beras pun memainkan peranan penting. Beras ni beli di Speedmart 99.
  6. Lembut je.

Bahan-Bahan Kuah Kacang:

  • 3 batang serai*
  • 2 inchi halia*
  • 2 biji bawang merah(besar)*
  • Segenggam cili kering*
  • 2 sk Asam jawa adabi
  • Kacang goreng kering 2 cawan – dikisar
  • Gula melaka
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan bertanda (*).
  2. Kemudian tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi. Masukkan sikit-sikit, takut masam pula.
  4. Masukkan kacang goreng yang telah dikisar. Kalau tak pekat, tambah lagi.
  5. Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis.
  6. Biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi.
  7. Siap untuk dimakan bersama nasi impit.

Kredit resepi: ‎Abdul Razak Abdul Rahim‎, ‎Fauziah Amin

tags: | |