Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Rebus Nasi Himpit Jimat Gas & Elektrik, Tak Payah Guna Pressure Cooker!

Petua Rebus Nasi Himpit Jimat Gas & Elektrik, Tak Payah Guna Pressure Cooker!

Kategori: ,
petua rebus nasi himpit

Nasi Himpit merupakan makanan tradisional Melayu yang sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Biasanya nasi ini dimakan bersama dengan kuah kacang, serunding atau sambal ikan. Setiap kali tiba musim perayaan, nasi himpit ini pastinya akan menjadi hidangan yang wajib. Dihidangkan bersama dengan kuah lontong atau pun sate.

Selain dibuat sendiri, ada cara yang lebih mudah di mana beli sahaja yang segera. Terdapat pelbagai jenama di pasaran, tinggal kita pilih sahaja mana yang bersesuaian dan merebusnya sendiri di rumah. Namun setiap kali merebus nasi himpit ini pasti ada beberapa masalah kan?

Umum mengetahui bahawa nasi himpit ini memerlukan proses yang lama untuk masak. Jadi bagi anda yang tidak menggunakan pressure cooker pasti menghadapi masalah kerugian gas dan elektrik kan? Bagi menggelakan berlakunya sebarang kejadian, apa kata kita ikuti petua rebus nasi himpit yang dikongsikan oleh Yuhafiqah Mohd Yunus ini.

Cara Betul Rebus Nasi Himpit Supaya Jimat Gas Dan Elektrik

Cara dia.. 

Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkann nasi himpit. 

Masak selama 10 minit lepas tu tutup api. 

Biarkan nasi himpit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit. 

Selepas 30 minit buka baliik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi himpit tersebut. 

Petua ini tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. 

Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. 

Musim perayaan pastinya kita akan banyak menggunakan gas memasak dan elektrik bagi menyediakan segala hidangan atau persiapan raya. Jadi buat anda yang nak merebus nasi himpit tu mungkin boleh gunakan cara ini bagi menggelakkan berlakunya sebarang pembaziran.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Yuhafiqah Mohd Yunus

Baca juga: Cara Membezakan Gula Melaka Asli Dan Palsu, Hal Ini Penting Bagi Menjadikan Masakan Anda Kekal Enak!

tags: |