Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Amal Petua Ini Untuk ‘Ringankan’ Badan. Angin Mudah Keluar & Lemau Badan Juga Hilang!

Amal Petua Ini Untuk ‘Ringankan’ Badan. Angin Mudah Keluar & Lemau Badan Juga Hilang!

Kategori:
Lemau Badan

Siapa yang setiap kali bangun pagi, badan akan selalu rasa lemau je? Badan pun rasa berat dan tak bertenaga nak pergi kerja. Seorang wanita di laman sosial Facebook berkongsian petua untuk hilangkan rasa lemau badan dan juga akan membuatkan badan rasa bersemangat. Jika amalkan petua ini juga akan membolehkan angin keluar dari badan dengan mudah. Lihat perkongsian lengkap oleh Lydia Na di bawah.

“Amal 3 malam sahaja, lemau badan hilang..”

Menurutnya, beliau hanya mengamalkan minum minuman ini selama 3 malam sahaja, badan terus rasa ringan, rasa bertenaga dan angin badan mudah keluar.

Setiap hari kul 4.30 pagi sy dah kena bangun masa nak bangun tu.. ya Allah.. liatnya kadang² telajak sampai kul 5 pagi.. mula lah kalut terkejar² siapkan kuih.. malam buat kuih, pagi² kena bangun awal badan pun rasa lemau je.. Alhamdulillah.. dah 3 malam sy amalkan sebelum tidur minum air halba ni.. series.. badan rasa ringan.. rasa bertenaga.. angin² dalam badan mudah keluar.. terima kasih sangat kepada yang share petua ni..

Bahan-bahan:

  • Halba 1 sudu
  • Halia 2 inci
  • Serai 2 batang
  • Lemon 2 hiris

Cara-cara:

  1. Rebus halba, halia, serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih.
  2. Tunggu suam baru perahkan lemon.

Tip:

  • Untuk kesan yang optimum, rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lagi bagus.
  • Untuk ibu yg menyusu, halba baik untuk banyakkan susu tapi tidak perlu letak halia dan lemon. Ikut keserasian badan masing-masing.
  • Bagi wanita yang mengandung tidak sesuai diamalkan.

Kredit: Lydia Na

tags: