Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Guna Petua Ini, Petai Anda Akan Tahan Berbulan-Bulan. Rasa Dan Bentuknya Langsung Tak Berubah!

Guna Petua Ini, Petai Anda Akan Tahan Berbulan-Bulan. Rasa Dan Bentuknya Langsung Tak Berubah!

Kategori: ,
petua simpan petai

Petai merupakan antara sayuran atau ulaman yang teramat popular di Asia Tenggara. Ianya boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam masakan. Jika makan petai, memang mulut akan berbau kurang menyenangkan. Mungkin disebabkan ianya berbau ramai yang tidak menggemarinya. Walaupun begitu, petai mempunyai banyak khasiat seperti sayuran hijaunya yang lain.

Petai ini dihasilkan oleh pokok petai yang mana ia hidup secara meliar di hutan kawasan Asia Tenggara atau ia juga ditanam. Ia akan berbuah secara bermusim jadi bagi penggemar petai pasti ia akan menjadi masalah. Tambahan pula petai ini perlu disimpan dengan elok bagi mengekalkan kesegarannya.

Masih ramai lagi kan yang mencari tips dan petua untuk menyimpan petai ini kan? Jadi tunggu apa lagi, jom Daily Makan tunjukkan kepada anda cara dan petua penyimpanan petai. Kalau ikut petua ini, InshaAllah petai anda akan tahan selama berbulan-bulan tau!

Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan

Petua 1

  1. Buang dahulu kesemua kulit petai dan rendam dengan air garam selama 10 hingga 15 minit.
  2. Rendam dalam air garam adalah supaya ulat dalam petai itu akan keluar.
  3. Kemudian basuh dan tapiskan.
  4. Akhir sekali masukkan dalam bekas, jangan letak air ye.
  5. Masukkan dalam peti ais dan bekukan.

Petua 2

  1. Potongkan setiap mata/isi petai.
  2. Masukkan dalam bekas dan masukkan air.
  3. Kemudian simpan dalam peti ais.
  4. Bila nak makan, ambil dan kupaskan je.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Ummi Kalsum Hassian & Sobri Saari 

Baca juga : Resepi ‘Sardin Goreng Petai’ Pedas Terangkat Memang Tak Boleh Berhenti Makan, Sedap Sangat!

tags: | | |