Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Petua Untuk Hilangkan Parut & Jeragat, Cuma Guna 2 Bahan Di Dapur Sahaja

Wanita Ini Kongsi Petua Untuk Hilangkan Parut & Jeragat, Cuma Guna 2 Bahan Di Dapur Sahaja

Kategori:
Petua untuk hilangkan parut

Parut dan jeragat merupakan sesuatu masalah yang biasa. Terdapat pelbagai faktor hal tersebut boleh terjadi. Pendedahan pada sinaran UV dan penjagaan kulit yang tidak baik menjadi punca utama.

Untuk merawatnya memerlukan masa dan pengunaan produk yang selamat dan berkesan. Namun, ada cara tradisional juga yang mampu merawat masalah tersebut. Bagi anda yang ingin cara mudah dan jimat, bolehlah cuba petua untuk hilangkan parut dan jeragat yang telah dikongsikan oleh Yani di laman Facebook.

Petua Untuk Hilangkan Parut Dan Jeragat

Bahan-Bahan

  • Tepung beras (kalau tiada boleh guna tepung pulut)
  • Buah lemon Petua untuk hilangkan parut

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan muka sehingga bersih dan tiada kekotoran.
  2. Ambil 1 sudu besar tepung beras dan campurkan dengan sedikit jus lemon yang telah diperah. Petua untuk hilangkan parut
  3. Sapu dimuka sehingga rata atau sapu pada kawasan jeragat atau whitehead.
  4. Biarkan 30 minit seperti masker atau sehingga kering. Petua untuk hilangkan parut
  5. Bilas dengan air bersih dan lap.
  6. Pakai skincare produk anda. Petua untuk hilangkan parut

Mudah sahaja untuk dapatkan kulit yang cantik dan bebas parut dan jeragat, kan? Lagipun petua ini juga sangat menjimatkan. Tak memerlukan perbelanjaan yang banyak seperti krim di pasaran, anda cuma perlu mengamalkannya tiga kali seminggu untuk melihat kesannya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan petua ini.

Kredit: Yani

Baca Juga: Dapur Selalu Bersepah? Cuma Amalkan 3 Tips Ini Untuk Ruang Dapur Sentiasa Bersih!

tags: