Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Petua Untuk Rawat Kolesterol & Gout Dengan Hanya Amalkan Daun Pandan Sahaja.

Ini Petua Untuk Rawat Kolesterol & Gout Dengan Hanya Amalkan Daun Pandan Sahaja.

Kategori:
daun pandan

Daun pandan merupakan bahan yang selalu digunakan untuk mewangikan masakan seperti kuih dan lauk pauk. Selain itu, ia turut menjadi pewangi semula jadi di ruang kediaman dan kenderaan.

Daun ini secara semula jadinya mengandungi tanin dan minyak pati yang sangat baik untuk merawat sakit dan legakan radang. Ia juga dapat kurangkan asid urik dalam badan, dan dalam pada masa yang sama turut dapat legakan gejala gout. Sekaligus, ia dapat melancarkan pengaliran darah dan kurangkan kadar kolesterol.

daun pandan

Jadi buat anda yang mempunyai masalah kolesterol dan gout, amalkan sahaja minuman air rebusan daun pandan. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian oleh No Or.

Petua Rawat Kolesterol & Gout Dengan Air Rebusan Daun Pandan

Bahan-Bahan

  • 4 helai daun pandan
  • 2 cawan air
  • Sedikit hirisan halia

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan 4 helai daun pandan dan simpulkan.
  2. Masukkan daun ke dalam periuk yang berisi 2 cawan air dan masak sehingga mendidih.
  3. Tambahkan sedikit halia ke dalam rebusan air.
  4. Biarkan rebusan mendidih selama 5 minit.
  5. Keluarkan daun dari air dan sejukkan. Kemudian, bolehlah diminum.

daun pandan

(Sumber: Puan Wann Rohani)

Nota: Air rebusan boleh disimpan dalam bekas atau botol kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk. Kalau selepas 7 hari masih berbaki, anda boleh buang sahaja air tersebut.

Mudah sahaja untuk elakkan diri dari masalah kolesterol dan sakit gout, kan? Cuma perlu rajin amalkan minuman air daun pandan setiap hari dah dapat menjaga kesihatan. Jimat pun jimat sebab ia mudah didapati dan boleh ditanam di sekitar rumah.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Kredit: No Or

Baca Juga: Baunya Hanyir Tapi Banyak Khasiat, Ini Kebaikan Daun Kucai Yang Anda Perlu Tahu.

tags: