Biasanya, mesti korang beli pewangi rumah di pasar raya atau kedai serbaneka kan?
Untuk perkongsian kali ini, Daily Makan ingin berkongsi tentang teknik membuat pewangi rumah DIY yang sememangnya tidak dinafikan keharuman baunya.
Yang penting, hanya menggunakan bahan dapur di rumah sahaja. Memang wangi dan jimat!
Cara Buat Pewangi Rumah DIY Bau Macam Hotel & Boleh Halau Lalat, Buat Sebiji Pun Harum 2 Minggu
Bahan-bahan:
- 2 biji limau nipis (saiz besar)
- 2 sudu besar garam kasar
- 3 sudu besar cecair hand santizer yang ada alkohol
- 1 penutup cecair pelembut kain
- bunga cenkih
Cara penyediaan:
- Belah empat semua limau nipis, tapi jangan sampai terpotong habis. Masukkan setiap satu buah dalam bekas kecil.
- Kemudian, letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau yang dihiris dan dikembangkan.
- Selepas itu, tuang satu sudu cair hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol.
- Akhir sekali, tuang pelembut pakaian. Kemudian boleh letakkan pewangi ini di bilik dan wanginya.
- Selain menggunakan pelembut pakaian, boleh juga letak beberapa bunga cengkih di atas buah limau untuk aroma yang berbeza. Boleh juga menggunakan pewangi yang disukai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua untuk sediakan pewangi rumah DIY di rumah masing-masing. Barulah rumah sentiasa wangi dan bersih. Yang penting, cara buat pun jimat!
Sumber: Recipes Learn
Baca juga: “Anak Teringin Nak Makan Durian..” – Peniaga Durian Sedekah Selonggok Durian Kepada Pakcik Hulur Nota, Ini Kisahnya..