Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalah Pinggan Kucing..”, Pinggan Nasi Goreng Yang Dipesan Berdaki Hitam Buat Ramai Hairan

“Kalah Pinggan Kucing..”, Pinggan Nasi Goreng Yang Dipesan Berdaki Hitam Buat Ramai Hairan

Kategori:

Lambakan kedai makan pada zaman sekarang adalah memudahkan kita. Kalau tiba-tiba terasa malas nak masak, pergi sahaja ke mana-mana kedai atau restoran. Selain menjadi pilihan ketika malas masak, ramai juga antara kita yang singgah di kedai makan sewaktu dalam perjalanan menuju mana-mana destinasi.

Jika di daerah atau kampung sendiri, pastinya kita tahu kedai makan mana yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Tidak kira sama ada dari segi makanan atau pun peralatan yang digunakan. Pastinya kedai yang menyediakan servis yang terbaik kita akan mengunjunginya berkali-kali.

Namun begitu, hari ini banyak kedengaran isu atau kejadian di kedai makan yang boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dan tidak suka dengan servis yang diberikan. Ya, tidak dinafikan, peniaga kedai makan juga manusia, ada ketika mereka juga melakukan kesilapan.

Namun begitu, soal kebersihan makanan yang dihidangkan adalah perlu dititik beratkan. Kerana ia masuk ke dalam badan pelanggan, jika kebersihan tidak dijaga bimbang berlakunya keracunan makanan. Kita harus ingat bahawa keracunan makanan ini boleh menyebabkan kematian.

Pesan nasi goreng tapi sampai dalam pinggan yang hitam berdaki

Berkenaan dengan kebersihan ini, terbaharu ada seorang wanita di aplikasi TikTok Ain Alieya, meluahkan rasa tidak senang apabila makanan yang dipesan sampai dalam keadaan pinggan yang sangat kotor di bahagian bawahnya.

Kelihatan bahagian bawah pinggan tersebut dipenuhi dengan daki-daki hitam. Melihat keadaan itu, pasti ia membuatkan sesiapa sahaja kehilangan selera makan. Pinggan yang bewarna putih itu seakan tidak pernah dibasuh di bahagian bawahnya.

Ain Alieya sempat berseloroh, bukan setakat putus selera namun putus haid terus. Menurutnya, di kedai RM2 boleh sahaja dapatkan pinggan mangkuk yang cantik.

https://www.tiktok.com/@ain_alieya88/video/7111276265713241370?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274

@ain_alieya88 PUTUS HAID TERUS 😭padahal kalau beli dekat kedai rm2 lawo2 je bekas dia #fypシ゚viral #masukberanda ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Pinggan kucing rumah sis pun tak macam ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa hairan mengapa pinggan tersebut masih digunakan dan ada juga yang menyatakan pinggan kucingnya lebih bersih dan cantik.

Ni la penyedap dia..

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh menyatakan nasi kandar elok je dimakan dalam pinggan yang seperti ini. Itulah salah satu penyedapnya.

Sebagai peniaga makanan, pastikan pinggan mangkuk yang korang sediakan kepada pelanggan sentiasa dalam keadaan bersih. Pinggan mangkuk ini boleh sahaja korang beli di kedai Eco RM2, tetap cantik dan harganya pun berpatutan.

Sumber: TikTok Ain Alieya

Baca juga: Wanita Ini Sedih, Sup Jagung Baru Dimasak Sudah Basi, Busuk & Berbuih. Warganet Minta Pergi Berubat 

tags: |