Dah jemu makan pizza dekat kedai? Teringin nak buat pizza dekat rumah dengan cara yang paling senang dan guna bahan yang mudah? Cuba buat pizza sosej ini. Kami sediakan langkah demi langkah untuk anda tiru. Sedap dan nikmat!
Pizza Sardin Sosej, Cara Masak Pizza Paling Senang Dan Guna Bahan Paling Mudah! Ayuh Cuba Keenakannya!
Bahan-Bahan (Doh Pizza):
- 200 gram tepung gandum
- 125 ml air suam
- 1 paket yis segera
- 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
- 1 sudu besar gula halus
- 1-2 sudu besar shortening
Bahan-bahan (Topping)
- 1/2 tinn sos spagetti Prego perisa tradisional
- 1 tin besar sardin
- 1 biji bawang (dipotong nnipis-nipis)
- sosej ayam secukupnya
- cheese mozarella
- cheese cheeder
Cara Penyediaan:
- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih.
- Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung.
- Tuang bancuhan yiis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
- Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan menntega dan uli hingga doh licin dan tidak melekatpada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit.
- Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dan dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
- Bila doh dah anik cantik, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la dicanai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak di atas tray pizza.
- Gunakan jari je untuk leperkan doh. Tekan sahaja guna jari sampai doh menutupi seluruh permukaan tray pizza. Senang je!
- Cucuk pada seluruh permukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180C selama 10-15 minit.
- Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit.
- Sementara itu, campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil.
- Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan.
- Sapu sos pada permukaan doh tadi, kemudiaan boleh lah taburkan ikan sardin, sosej dan last sekali taburkan cheese mozarella serta cheedar.
- Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.
Tadaaa! Dah siap pizza sardin sosej kita. Okay tak untuk permulaan ni? Bolehlah hidang dekat keluarga tersayang.
Selamat mencuba dan menikmati! Semoga semua baik-baik sahaja.
Sumber: Nennie Khuzaifah
Baca juga: Bahagian Dada Ayam Selalu Tak Laku? Masak Ayam Halia Macam Ni Confirm Habis Licin!