Terdapat pelbagai jenis pisang yang ada dimuka bumi ini. Antara pisang yang sangat digemari dan popular dalam kalangan masyarakat Melayu adalah Pisang Nangka, Pisang Berangan, Pisang Jelai dan Pisang Emas. Pisang Nangka ini sangat enak dibuat kerepek atau digoreng. Manakala Pisang Jelai sangat enak dimakan begitu sahaja.
Mengenai pisang ini, ada seorang ahli group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni ada berkongsi pisang yang ingin dibuat kerepek. Namun apabila dikupas kulitnya, kelihatan sangat seram sehingga tak jadi nak masak.
Ini bukan masak apa tak jadi. Ini tak jadi nak masak.
Plan nak sagat nipis, buat kerepek pisang. Tapi bila kupas kulit, tengok isi, seram pulak.
Call mak tanya, mak kata pisang ni muda sangat-sangat. Tak jadi la buat kerepek.
*Ni pisang nangka muda. Ade jiran bagi. Semangat nak buat kerepek. Simpan jela baki pisang yang belum kupas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan itu bukan Pisang Nangka. Tetapi ia adalah Pisang Kebatu Butir atau Pisang Galo/Gale. Pisang ini biasanya dibuat acar.
Mungkin jiranya tersilap kot. Tambahan pula mungkin dia tidak mengenali jenis-jenis pisang. Padahal ia adalah bukan Pisang Nangka. Pisang Kebatu ini memang begitu rupanya dan sangat enak dibuat acar. Kalau nak buat jangan dibuang kulitnya. Dan pastikan pisang tersebut masih lagi muda.
Sumber: Haliza Abdul Hamid Via MATJHN
Baca juga: Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Mudah & Sedap. Tak Puas Makan Licin Sebalang!