Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Popcorn Ikan Siakap’ Ala Restoran Mahal, Sangat Rangup, Sedap Dan Tak Muak! Siapa Pernah Buat?

Resepi ‘Popcorn Ikan Siakap’ Ala Restoran Mahal, Sangat Rangup, Sedap Dan Tak Muak! Siapa Pernah Buat?

Kategori: ,
resepi popcorn ikan siakap

Ikan goreng merupakan hidangan yang tidak asing lagi dalam kalangan kita. Menu hidangan seperti ikan siakap 3 rasa dan lain-lain yang berasaskan daripada ikan sering disajikan oleh rakyat Malaysia dan juga Indonesia.

Manakala di negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan, ikan celup tepung merupakan hidangan yang sangat terkenal di sana. Tapi ikan celup tepung sebegitu pasti anda semua sudah mencuba membuatnya di rumah kan.

Pernah tak anda cuba membuat ikan celup tepung yang dipotong nipis-nipis seperti ayam. Ia lebih dikenali dengan nama popcorn ikan. Rasa popcorn ikan ini lebih sedap dan rasanya juga lebih nikmat. Ikan yang digunakan adalah ikan siakap tetapi anda masih boleh menggunakan ikan lain.

Nak cuba buat Popcorn Ikan Siakap ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari xanderskitchen di bawah ini. Pasti puas hati punya.

Cara Buat Popcorn Ikan Siakap Ala Restoran Mahal. Sangat Crunchy!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | fillet
  • 7 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 sdt merica/lada hitam
  • Serbuk perisa secukupnya | tambahan
  • Garam
  • 1 biji telur
  • 5 sdk tepung gandum dan 1 sdt tepung jagung (campurkan menjadi satu)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong ikan mengikut selera. Kacau rata ikan, bawang putih, tepung jagung, serbuk perasa dan garam. Simpan dalam peti ais beberapa jam atau semalaman.
  2. Keluarkan ikan dari peti ais. Masukkan 1 biji telur. Kacau rata ikan dengan telur.
  3. Gulingkan potongan ikan ke dalam tepung, tekan-tekan sedikit supaya tepung terlihat bertongkol.
  4. Goreng ikan dalam minyak panas sehingga masak atau kekuningan.
  5. Angkat dan hidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Popcorn Ikan Siakap ini? Memandangkan ikan siakap ini memang viral pada ketika ini, apa kata kita cuba dan kongsikan resepi ini kepada kenalan kita. Puas hati punya!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: xanderskitchen

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Masak Tomyam, Memang Sedap Yang Amat Semakin Berselera Makan

tags: |