RESEPI POPIA CARBONARA

Tak tahu nak makan apa ? Jom try buat resepi ini. Popia sangat dikenali ramai tapi tak ramai yang tahu cara penyediaan. Oleh itu kami ingin kongsikan kepada anda resepi membuat popia carbonara dengan mudah

RESEPI

  • 300g sos carbonara
  • 1 biji bawang holland
  • 1 ketul dada ayam (80g)
  • 2 biji sosej
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1/3 batang lobak merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil mixed herb/oregano
  • mozarella/cheddar cheese
  • kulit popia
  • 1 biji telur

CARA CARA :

  1. Tumis bawang holland
  2. Masukkan dada ayam, sosej, cili benggala, lobak merah (tumis sehingga masak)
  3. Masukkan sos carbonara (masak sos selama beberapa minit)
  4. Masukkan serbuk lada hitam, mixed herb/oregano, garam
  5. Ambil kulit popia kemudian letakkan sos carbonara yang telah siap dan letak mozarella/cheddar cheese
  6. Gulung dengan betul
  7. Goreng popia

Selamat Mencuba !

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 31 times!)