Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tak Tahu Pos Malaysia Buka Pos Shop Termasuk Pos Kafe Hingga Lebih 40 Cawangan, Ada Kopi Dan Pelbagai Jualan Runcit Menarik

Ramai Tak Tahu Pos Malaysia Buka Pos Shop Termasuk Pos Kafe Hingga Lebih 40 Cawangan, Ada Kopi Dan Pelbagai Jualan Runcit Menarik

Kategori: ,
Pos Shop

Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, sudah membuka Pos Shop hingga 40 cawangan menandakan pencapaian penting dalam perjalanan transformasi peruncitannya.

Berkeluasan lebih 900 kaki persegi, Pos Shop Pudu menawarkan pelbagai pilihan untuk pelanggan, termasuk Pos Kafe yang popular dengan pelbagai pilihan makanan termasuk kopi, minuman dan makanan segera.

Kedai tersebut turut menjual barangan keperluan harian serta produk penjagaan diri dan isi rumah, mewujudkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat.

Ramai Tak Tahu Pos Laju Buka Pos Shop Hingga Lebih 40 Cawangan, Ada Kopi Dan Pelbagai Jualan Runcit Menarik

Pos Shop

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah nilai perkhidmatan peranti mudah alih mereka dengan mudah dan membuat pembayaran bil di Pos Shop.

Bagi meraikan pembukaan, pelangaan boleh menikmati promosi eksklusif Beli-1-Percuma-1 untuk Pos Sundaes sementara stok masih ada, dan sebagai sebahagian daripada promosi #SapotLokal, diskaun sebanyak 16 peratus untuk produk terpilih buatan Malaysia boleh didapati sehingga 30 September ini.

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao berkata, sejak melancarkan Pos Shop pertama di Jalan Medan Tuanku pada Mei 2023, pihaknya telah menyaksikan peningkatan purata sebanyak 34 peratus dalam jumlah pengunjung di pejabat Pos Malaysia berkaitan.

Boleh Bayar Bil di Pos Shop

“Kejayaan ini membuktikan konsep peruncitan inovatif kami yang menggabungkan perkhidmatan pos tradisional dengan kemudahan moden,” katanya dalam kenyataan.

Pos Shop

Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia merancang untuk mempercepatkan pengembangannya dengan sasaran untuk menubuhkan lagi 14 cawangan Pos Shop di negeri-negeri utama menjelang akhir 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 buah kedai di seluruh negara.

Sumber: Kosmo Online! 

Baca juga: Ramai Kecam Suka Dessert Jual Makanan Potong Kaki, Auntie Ja Bakal Keluarkan Salad Bowl Sihat RM12 Untuk Semua

tags: |