Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Jangan Tak Percaya, Ini 5 Produk Makanan Frozen Yang Rasanya Hampir Sama Dengan McDonalds

Si Bunga by Si Bunga
April 21, 2022
in Info, Tips Makanan
2 min read
0 0
0
Jangan Tak Percaya, Ini 5 Produk Makanan Frozen Yang Rasanya Hampir Sama Dengan McDonalds
0
SHARES
75
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Makanan frozen adalah penyelamat bagi kita bila sedang kelaparan di rumah tak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu malam, kita pasti malas nak keluar pergi ke drive-thru atau restoran terdekat.

BacaJuga

bapa

“Apa Nak Jadi Bapa Ko Ni?” Anak Teringin McD, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Oleh Lelaki Ini.

Mei 11, 2022
574
SHELLOUT MCD

“Mana Aci..”, Seronok Buat Shellout McD Dengan Kawan-Kawan Sampai Ramai Yang Cemburu

April 30, 2022
6.1k

Untuk dapatkan feeling makan McDonald’s di rumah, percaya atau tidak yang anda sebenarnya boleh dapatkan beberapa produk sejuk beku dengan rasa yang mirip seperti di restoran ini! Yang lagi best, anda boleh dapatkannya di kebanyakan kedai runcit di Malaysia.

Kalau nak tahu makanan sejuk beku apa yang dikatakan mempunyai rasa saman seperti McD, jom kita tengok senarainya di bawah :

5 Makanan Frozen Sedap Yang Rasanya Mirip Dengan McDonalds

1. First Pride Tempura Chicken Nuggets

 

Nugget ayam tempura First Pride ini pernah viral sebelum ini di media sosial gara-gara ramai yang bersetuju bahawa rasanya hampir sama dengan nugget yang dijual di McD.

Menurut beberapa sumber, makanan frozen berjenama First Pride sebenarnya dikeluarkan oleh MacFood Services Sdn Bhd.

Syarikat ini dipercayai merupakan pembekal pemprosesan utama McDonald’s Malaysia untuk produk proteinnya seperti ayam, ikan dan daging lembu. Patutlah !

2. First Pride Chicken Katsu Crispy

makanan frozen dengan rasa mcdonalds

Khas buat peminat burger Spicy Chicken McDeluxe, anda wajib dapatkan First Pride Chicken Katsu Crispy berperisa spicy ini.

Sesetengah warganet yang pernah membelinya bersetuju rasanya sama dengan daging ayam Spicy Chicken McDeluxe bila dimasukkan ke dalam air fryer.

3. Simplot French Fries Shoestring

makanan frozen yang mirip dengan mcd

Kentang goreng McDonalds boleh dikatakan sebagai pelaris utama francais makanan segera ini. Bila diumumkan stok kentang goreng berkurangan baru-baru ini, ramai yang panik !

Namun, anda tak perlu risau lagi ! Kini anda boleh dapatkan kentang goreng dengan rasa yang hampir sama dengan McD di pasar raya.

Dalam banyak-banyak kentang goreng sejuk beku yang terjual di pasaran, Simplot French Fries dengan potongan Shoestring dikatakan mempunyai rasa yang paling serupa dengan kentang goreng McD.

Rupanya, syarikat makanan frozen Simplot adalah pembekal utama kentang goreng McD. Memang patut buat stok di rumah bila teringin nak makan fries McD bila-bila masa.

4. Simplot Hash Browns

makanan frozen

Sarapan pagi anda di McDonalds takkan lengkap tanpa hash brown. Kentang goreng patty yang garing dan lembut ini membangkitkan lagi selera ramai pada waktu pagi.

Memandangkan menu sarapan hanya terjual sehingga 11 pagi di McD, apa kata anda stokkan hash brown jenama Simplot ini di rumah ? Rasanya memang serupa tau !

5. McCain Prosperity Spiral Fries

makanan frozen yang mirip mcdonalds

Seperti Simplot, jenama McCain juga dikatakan sebagai salah satu pembekal utama kentang goreng McDonald’s.

Kentang goreng spiral ini dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan curly fries yang menjadi rebutan di restoran makanan segera.

Lepas ni, tak perlulah tunggu Prosperity buat kemunculan setiap tahun untuk dapatkan curly fries. Beli sahaja di pasar raya untuk nikmatinya panas-panas di rumah !

Rupanya ada banyak juga makanan sejuk beku yang mempunyai rasa yang mirip dengan hidangan McDonalds.

Sekarang anda sudah tahu, jadi anda tak perlu bersusah untuk ke McD jika lapar pada tengah malam. Masak sahaja 5 makanan frozen ini untuk isi perut ! Pasti jimat dan mengenyangkan !

 

Tags: Mcdmcdonalds
ShareTweetSend

Related Posts

petua sambal belacan
Info

4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Mei 24, 2022
93
biskut raya
Tips Makanan

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Mei 17, 2022
512
cuka epal
Info

Ini Khasiat Cuka Epal Yang Ramai Tak Tahu, Patut La Diamalkan Sejak Dahulu Lagi

Mei 14, 2022
156
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist