Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Projek Kek RM1 Laku Keras!” – Wanita Ini Jual Kek Harga Tak Masuk Akal, Sekejap Sahaja Habis Dijual Diserang Warga Sungai Petani

“Projek Kek RM1 Laku Keras!” – Wanita Ini Jual Kek Harga Tak Masuk Akal, Sekejap Sahaja Habis Dijual Diserang Warga Sungai Petani

Kategori:

Apabila seorang peniaga berniaga dengan harga yang murah dan sedap, semestinya pelanggan akan segera akan cari kedai tersebut. Tidak semua peniaga sekarang menjual dengan harga yang murah tak masuk dek akal, kerana harga barang yang sedang mencanak naik.

Seperti wanita ini, dengan hanya menjual Kek RM1 dapat menarik pelanggan dari seluruh Malaysia walaupun jauh di Kedah.

“Projek Kek RM1 Laku Keras!” – Wanita Ini Jual Kek Harga Tak Masuk Akal, Sekejap Sahaja Habis Dijual Diserang Warga Sungai Petani

Video TikTok Projek Kek RM1 ini dikongsikan oleh tuan kedainya sendiri, afizahbakery.sp. Menerusi video TikTok ini, beliau mendapat pujian daripada netizen kerana menjual dengan harga yang sangat murah. Beliau mengatakan, tidak sempat nak susun Kek RM1 tersebut, dah ramai yang serbu gerai beliau.

Sebanyak 1,500 kek habis dijual dengan sekejap sahaja walaupun hanya menjual pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Kek RM1

Mana tidaknya jika habis cepat, harga yang tidak masuk dek akal kalau difikirkan. Dengan zaman semua harga barang yang mahal dan tak semua orang mampu tanggung modal yang besar.

Tetapi, tuan Projek Kek RM1 ini pandai mengatur duit dan cara untuk mempromosikan kek yang dijual oleh beliau. Netizen juga suka membeli dan mencuba makanan yang viral kerana terpengaruh di laman media sosial mereka.

Kek RM1

Mungkin trend ini akan diikuti oleh peniaga yang lain yang ingin mencuba. Contohnya seperti sebelum ini, kerajaan memperkenalkan ‘Menu Rahmah’ dan tidak lama selepas itu ramai peniaga lain malah syarikat besar sendiri seperti Burger King mengikut saranan kerajaan. Ini adalah salah satu cara untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan.

Walaupun RM1, Kalau Aku Beli Dah Jadi Puluh Ringgit . Jenis Nak Rasa Semua

Menjengah di ruangan komen, netizen semua bertanya di mana gerai beliau dan ada juga yang hampa dan kecewa kerana berada jauh dari tempat beliau.

“Bagus idea ni, sebab kadang-kadang tu satu slice 3 hari nak habiskan haha”, komen Bebe mengatakan bahawa dengan cara perniagaan ini akan memudahkan pelanggan yang susah untuk habiskan kek dalam masa yang terdekat.

Kek RM1 Kek RM1 Kek RM1 Kek RM1

Syabas diucapkan kepada afizahbakery.sp yang berjaya membantu netizen atau warga Sungai Petani dengan menjual dengan harga yang murah. Dengan cara ini jugalah, mereka akan mengingati afizahbakery.sp kerana sifat beliau yang tidak kedekut.

Kredit: afizahbakery.sp

Baca Juga: “Yang Pelik Tu Yang Sedap”, Lelaki Ini Makan Nasi Berlaukkan Kek Coklat, Netizen Turut Kongsi Perangai Pelik Mereka. Ada Yang Sampai..

tags: | | |