Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Puding Roti Gardenia Karamel, Memang Buat Air Liur Meleleh

Jom Cuba Buat Puding Roti Gardenia Karamel, Memang Buat Air Liur Meleleh

Kategori: ,
puding roti gardenia

Biasa kita tengok orang buat puding karamel sahaja kan? Kali ini kita gunakan roti garnedia sebagai tambahan dalam menyediakan puding roti gardenia karamel.

Serius, rasanya memang sedap. Lagi best kalau makan sejuk-sejuk. Jom cuba buat puding roti gardenia karamel ni menggunakan resipi di bawah.

Resepi Puding Roti Gardenia Karamel

Bahan-bahan:

  • Gula – 3 sudu besar
  • Susu pekat – 1 cawan
  • Susu cair – 1 tin
  • Roti gardenia – 4 keping
  • Telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu

Cara-cara:

  1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang saiz 6. Masak atas dapur menggunakan api perlahan sehingga gula cair dan menjadi warna perang.
  2. Gula apabila sudah cair dan perang.
  3. Ratakan gula karamel tadi dengan sengetkan loyang ke kiri dan ke kanan. Biarkan dia sejuk dan beku.
  4. Kisar halus roti gardenia bersama susu pekat, susu cair, telur dan esen vanilla.
  5. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke atas gula karamel yang sudah beku.
  6. Kukuskan selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana, jangan terlalu kuat.
  7. Dan siap!

Kredit resepi: Rohaya Hassan

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur Dan Kukus, Yang Pasti Sedap

tags: