Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur Dan Kukus, Yang Pasti Sedap

Nak buat puding karamel tapi lupa nak beli telur? Takpe, jangan risau. Ini Daily Makan bawakan anda cara buat puding karamel tanpa telur dan kukus tetapi yang pasti sedap.

JIKA GUNA LOYANG SAIZ 7 INCI

Bahan gula hangus :

  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan air panas

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan gula dalam loyang. Masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan ( sentiasa kacau)
  2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut.
  4. Padamkan api dan biarkan seketika.
  5. Boleh sediakan bahan puding.

JIKA GUNA BEKAS DADIH KECIL, SUKATAN GULA BERBEZA

Bahan gula hangus :

  • 3/4 cawan gula ( hampir penuh)
  • 1 cawan air panas

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau)
  2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih.
  5. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.
BACA JUGA  Ayam Masak Rendang

CARA MEMBUAT PUDING

Bahan puding:

  • 1 Paket serbuk agar-agar/ 10 g | serbuk yang jernih (Jika guna agar-agar tali, sukatannya 20g atau 25g)
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis.

Cara penyediaan :

  1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga larut.
  2. Apabila dah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
  3. Sudukan ke dalam bekas dadih dan biarkan sedikit suam.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah keras, bolehlah potong dan menikmatinya.

Selamat Mencuba !

Sumber : Mariana Zainal

Sumber rujukan : rasa.my

2.7/5 (6 Reviews)