Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Kongsi Resipi Puff Daging Berlambak, Anak-Anak Suka Sangat Sampai Minta Selalu

Wanita Kongsi Resipi Puff Daging Berlambak, Anak-Anak Suka Sangat Sampai Minta Selalu

Kategori: ,
puff daging

Biasanya, untuk sarapan anak-anak, kita sediakan roti atau nasi goreng untuk dimakan pagi sebagai alas perut sebelum ke sekolah. Tetapi, jika ibu atau bapa inginkan kelainan, bolehlah buat resepi puff daging berlambak ni.

Hanya guna puff pastry segera yang dibeli di kedai. Hanya inti sahaja perlu disediakan sendiri. Barulah sedap! Cuba resepi Fatihah Fadzil ini untuk merasa kelainannya.

Wanita Kongsi Resepi Puff Daging Berlambak, Anak-Anak Suka Sangat Sampai Minta Selalu

Bahan-bahan:

  • 1 paket puff pastry segera
  • 1 biji telur – sapu puff
  • Sedikit pewarna kuning – optional
  • Mentega-sapu puff selepas dibakar

Bahan-bahan (inti):

  • 1/4 cawan minyak masak tumisss
  • 6 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang holland – dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 300 gram daging cincang @ ayam
  • 3/4 cawan air – masuk sedikit sedikit
  • 3 biji ubi kentang (dadu)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk perasa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk daun sup
  • 1 mangkuk daun bawang hiris

Cara penyediaan:

  1. Bakar dalam oven 200 darjah celcius selama 23 minit.
  2. Boleh gantikan dengan ayam cincang.
  3. Guna puff pastry segera sahaja – mudah.
  4. Tekan guna garfu.
  5. Lapik baking paper di atas dulang pembakar.
  6. Sapu butter selepas bakar untuk warna yang cantik.

puff daging puff daging

Okay, siap sudah pastry puff daging berlambak ni. Kalau beli dekat kedai, harganya sekitar sebiji RM3.30 dan 2 biji RM5. Kalau buat sendiri dekat rumah, boleh dapatkan dengan kuantiti yang banyak.

Lauk dalam inti pastry tu pun boleh letak banyak-banyak ikut kemahuan kita.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Fatihah Fadzil

Baca juga: Resepi Apom Lenggang Senang Bajet, Hidangan Untuk 15 Biji

tags: | |