Anda pasti sedih bila dapati makanan yang ingin dinikmati jadi basi. Mahu atau tidak kita terpaksa buang kerana sudah tidak elok lagi.
Apa punca makanan basi dengan cepat ? Adakah cara kita simpan makanan salah ?
Bergantung pada jenis, setiap makanan dan makanan ada daya tahan yang berbeza. Ada yang boleh tahan lama, ada pula yang cepat basi dan perlu dimakan segera.
Antara punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria yang boleh mengubah warna, tekstur bau serta rasa makanan.
Dalam kes lain, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menjadi punca makanan cepat basi dengan lebih cepat!
Jom kita tengok beberapa faktor atau punca yang boleh menyebabkan makanan cepat basi.
Cara penyimpanan makanan yang salah adalah antara punca utama makanan basi dengan lebih cepat. Untuk pastikan makanan lebih tahan lama, anda perlu kenalpasti makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana.
Jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas. Anda juga perlu asingkan makanan ikut jenis seperti daging, buah atau sayur supaya makanan tak cepat basi.
Selain itu, ada juga beberapa makanan tertentu yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk.
Jika anda simpan makanan di peti sejuk, ia tidak bermakna makanan anda dijamin elok. Selain cara penyimpanan, tempoh menyimpan juga boleh jadi punca makanan cepat basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan hidangan nasi dengan lauk di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Anda perlulah peka dengan waktu anda simpan dan nikmatinya semula.
Jika makanan didapati basi, buangkannya segera daripada peti sejuk supaya ia tidak menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan bersama.
Apabila makanan yang panas ditutup, ia akan menyebabkan wap air terkumpul. Akibatnya, ia boleh jadi persekitaran yang sesuai untuk ragi, bakteria serta kulat untuk tumbuh.
Jadi, biarkan makanan sejuk terlebih dahulu sebelum anda ingin menyimpan bagi mengelakkan makanan jadi cepat basi.
Siapa sangka cahaya berlebihan daripada lampu atau matahari boleh jadi punca makanan cepat basi? Cahaya berlebihan boleh menyebabkan makanan cepat basi akibat proses photodegradation.
Oleh sebab itulah peti ais direka untuk berada dalam keadaan apabila pintu ditutup dan hanya akan terang apabila dibuka.
Peti ais sudah jadi perkakas wajib bagi setiap rumah supaya dapat mudahkan penyimpanan barang dapur dan makanan.
Namun, fungsi peti sejuk untuk pelihara jangka hayat makanan boleh terjejas bila suhunya kurang sejuk. Anda perlu pastikan suhunya berada pada kadar 4°C ke bawah. Jika suhunya lebih tinggi dari itu, mikrooganisma masih mampu untuk membiak.
Meskipun begitu, suhu yang diperlukan mungkin berbeza bergantung kepada jenis makanan yang disimpan. Sebagai contoh, daging atau ayam perlu disejukbekukan berbanding buah serta sayuran yang perlu disimpan segar.
Kesimpulannya, anda masih boleh simpan makanan dan minuman untuk dinikmati pada masa akan datang. Namun anda perlulah ketahui cara, tempoh, tempat yang sesuai serta suhu yang tepat untuk elakkan makanan cepat basi. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber : majalahpama.my