Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pusat Beli-Belah Kelantan Jadi Perhatian Kerana Asingkan Kaunter Ikut Jantina, Tujuan Untuk Jaga Ikhtilat

Pusat Beli-Belah Kelantan Jadi Perhatian Kerana Asingkan Kaunter Ikut Jantina, Tujuan Untuk Jaga Ikhtilat

Kategori: ,
pusat beli belah Kelantan

Sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah kejadian semasa di kaunter pembayaran.

Menerusi klip berdurasi 22 saat yang dikongsi oleh @yepponurul di laman TikToknya, kelihatan wanita itu sedang berada di Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan.

Pusat Beli-Belah Kelantan Jadi Perhatian Kerana Asingkan Kaunter Ikut Jantina, Tujuan Untuk Jaga Ikhtilat

Apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah apabila kaunter pembayaran di pusat beli-belah diasingkan mengikut jantina mengikut label.

Label itu mengasingkan percampuran lelaki dan perempuan (tetapi mengikut orang ramai, tidak semestinya mengikut label tersebut kerana ramai sahaja membayar dan beratur di kaunter dan tidak mengikut label jantina).

Papan tanda di atas kaunter itu menunjukkan label ‘lelaki’ dan ‘wanita’ dan ada juga kaunter yang dikhaskan untuk keluarga.

“Kita Raikan Kelainan”

“Kita raikan kelainan dan kebaikan ya.” kata pemilik video berkenaan di keterangan video pusat beli belah Kelantan mengasingkan kaunter mengikut jantina.

Video pusat beli belah Kelantan tersebut telah mendapat banyak tontonan daripada warga maya dan ramai memberi komen serta pendapat masing-masing di video berkenaan.

“Tapi bila fikir balik bagus tau macam ni, kadang kitanya gigih jaga wudhuk lepastu batal selalu sebab dekat cahsier,” kata salah seorang netizen yang memberi komen.

Sumber: Nurulyeppo

Baca juga: Cara Simpan Ubi Kentang Agar Tahan Lama & Elak Bertunas Awal. Kekal Elok Walau Dah 2 Bulan!

tags: | |