Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat!

Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat!

Kategori: ,
racun organik homemade

Rata-rata sekarang memang menanam sayur secara organik, tidak menggunakan bahan kimia kerana ingin mengekalkan kualiti kebersihan dan kesihatan. Ia bagi memastikan apa yang dihidangkan selamat dan mengelakkan keracunan makanan untuk dihidangkan kepada keluarga dan orang-orang.

Sudah terbukti, banyak cara menjadikan pokok sayur yang kita tanam ini hidup subur tanpa penggunaan baja atau racun berasas bahan kimia. Antara yang kita boleh usahakan adalah membuat sendiri racun homemade kan. Jadi, perkongsian kali ini, kami nak share cara buat racun guna nasi je. Menarik bukan?

racun organik homemade

Cara ini dipraktikkan oleh Tieok Eng yang sebati dengan pekerjaan bercucuk tanam dalam kehidupannya. Dia melalukannya di kediaman sendiri dan membuat semburan bagi menghapuskan ulat atau bena putih yang menyerang pokok sayurannya.

Selain itu katanya ia boleh juga digunakan untuk pokok bunga, di samping menghapus serangga perosak. Nasi sebenarnya menjadi baja untuk pokok.

Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya kepada manusia. Pokok cili ini dah subur dan lebat selepas sembur racun homemade ni. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga. Jom buat racun organik homemade bersama.

Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat!

  1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.
  2. Masukkan nasi tadi dalam botool plastik dan capur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meletup.
  3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.
  4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.

racun organik homemade racun organik homemade racun organik homemade

Kalau buat cara ini, tanaman kita akan lebih selamat sebab tiada bahan kimia.

Semoga perkongsian racun organik homemade guna nasi ini bermanfaat. Selamat mencuba bagi semuanya.

Sumber: Tieok Eng

Baca juga: Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau

tags: | |