Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, sebenarnya tanggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.
Sosej Bukan Daging Sebenar
Sosej bukan daging sebenar. Makanan yang menjadi kegemaran ramai ini adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut.
- Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
- Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
- Tinggi bahan pengawet
- Boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan
- Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus
Kandungan mikronutrien yang sedikit yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.
Nak makan sosej tu boleh, tapi jangan dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.