Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Rahsia Pulut Sedap & Tak Jadi Berkerak, Rupanya Kena Letak ‘Bahan’ Ini

Rahsia Pulut Sedap & Tak Jadi Berkerak, Rupanya Kena Letak ‘Bahan’ Ini

Kategori:
rahsia pulut sedap

Jika dahulu, cara untuk membuat pulut agak sukar sedikit seperti perlu direndam semalaman, ada juga yang menjadi lembik atau hangit.

Tapi rupanya ada rahsia untuk membuat pulut yang sedap dengan hanya menggunakan periuk nasi elektrikMemang confirm tak hangit dan lebih cepat siap!

Jom ikuti perkongsian rahsia pulut sedap dan tak berkerak daripada Khadijah Jaafar ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Rahsia Pulut Sedap Dan Tak Berkerak

Tanak pulut guna air kelapa muda, rahsia pulut sedap. Cara masak pun mudah guna rice cooker. Yg penting, tetap lembut & sedap. Pulut pun tak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin & kelapa parut. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut susu
  • 2 cawan air kelapa muda

Cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut hingga bersih.
  2. Masukkan air kelapa. Kalau tiada air kelapa, boleh ganti dengan air biasa sahaja.
  3. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ dan siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Khadijah Jaafar

tags: |