Siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, boleh cuba resepi sambal kicap power di bawah. Memang sedap sangat!
Sesuai dimakan dengan mee sup, bihun sup, mee rebus atau apa-apa sahaja yang sesuai.
Resepi Sambal Kicap Power
Bahan-bahan:
- Segenggam Cili padi
- Seulas bawang putih
- 3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
- Secawan kicap Manis
- 2 sudu gula pasir
Cara-cara:
- Limau kena buang biji dulu.
- Kisar semua bahan. Kulit limau ambil 2 biji untuk kisar, sebiji lagi perah dahulu kemudian hiris nipis-nipis.
- Bila siap kisar, masukkan kulit limau hiris tadi.
- Simpan dalam peti ais. Boleh tahan selama berbulan.
Kredit: Ida Hassan