Baru-baru ini, tular berita di media berkenaan gaji seorang rider Foodpanda yang memperoleh pendapatan sehingga RM4 ribu hingga RM5 ribu ringgit sebulan.
Hal itu mendapat perhatian netizen sehingga timbul perdebatan mengenai isu gaji jangka masa panjang dan gaji jangka masa pendek serta banyak lagi hal-hal berkait.
Terbaharu, satu hantaran di TikTok oleh seorang rider menceritakan realiti sebenar bekerja sebagai seorang rider. Selain itu, dia juga ingin membetulkan perspektif masyarakat tentang hal berkenaan.
Ramai yang menyangka dan memukul rata bahawa gaji rider sebulan boleh mencecah RM4 ribu, tetapi realiti adalah sebaliknya.
Dia tidak menyangkal perkongsian rider yang memperoleh gaji ribuan ringgit berkenaan. Tetapi hanya ingin memperbetulkan pandangan masyarakat tentang hal ini dan akibat daripada perkongsian demikian.
Katanya melalui video berkenaan disebabkan ‘kepandaian’ seorang rider share dapat gaji sampai RM5 ribu, ramai yang nak join jadi rider.
“Point video ni tuju kepada rider-rider yang show off bajet RM3 hingga RM5 ribu di medsos. Bila ramai join tak seindah yang dikhabarkan. Fare makin kurang.
“Saya doakan semua rider-rider tak kira lah Grab ke FoodPanda ke atau lain-lain, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. In Shaa Allah, Amin.
“Saya tak salahkan rider-rider baru. Betul rezeki masing-masing. Rezeki tak pernah salah alamaat. Maaf jika ada yang salah faham,” jelasnya tentang video berkenaan ramai nak jadi rider.
@azwinhafifi_ Cm ne korg jadi ke bulan depan ?? 😎#Fyp #foryourpage #esekeli #viral #fyppppppppppppppppppppppp #Bangau #Sidai #Rider #Grab #Grabfood #grabdriver #ridergrabfood
@azwinhafifi_ Cm ne korg jadi ke bulan depan ?? 😎#Fyp #foryourpage #esekeli #viral #fyppppppppppppppppppppppp #Bangau #Sidai #Rider #Grab #Grabfood #grabdriver #ridergrabfood ♬ original sound – Edward Edwin
Melihat komen netizen berkenaan hal itu, rider lain juga turut memberi pandangan yang sama. Kata mereka, sekarang ramai rider yang hanya mendapat beberapa pesanan dari pelanggan daripada sebelumnya.
“Sama macam aku, dulu-dulu ramai dok show off kata lebat. Hakikatnya perit mat, Alhamdulillah dah gantung kunci,”katanya.
Selain itu, rider lain juga menyifatkan setiap rezeki adalah aturan Tuhan dan kita sebagai manusia haruslah berusaha mendapatkannya.
“Buat Grab ni macam niaga juga. Kadang okay, kadang tak. Yang pentung usaha, In shaa Allah ada rezeki tu,” jelasnya dalam isu video ramai nak jadi rider.
Benar, rezeki sudah diatur oleh Tuhan. Dan, jika kita ingin memasuki kerja dalam apa-apa bidang sekalipun, usaha adalah yang paling penting dan percaya kepada Tuhan, kerana dia tidak akan mengsia-siakan hambanya.
Sumber: azwin
Baca juga: Jual Ayam 88 Sen Seekor, Rosyam Nor Ingin Berniaga Sambil Bantu Rakyat