Baru-baru ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan yang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari. Seiring dengan pengumumam tersebut ramai yang terduduk sayu. Termasuklah pemilik-pemilik restoran atau kedai makan.
Pastinya terlalu banyak postingan mengeluh daripada peniaga restoran dalam menghadapi dilema Perintah Kawalan Pergerakkan ini. Malah menurut Iskandar Afian Ismail. pemilik Kafe Kampung Dusun, Kota Bharu Kelantan ada menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan situasi peniaga-peniaga restoran akibat dari pelaksanaan PKP ini.
Menurut beliau, akhir-akhir ini terlalu banyak keluhan oleh rakan-rakan peniaga restoran dalam menghadapi PKP. Namun apa yang menyedihkan adalah komen dan pertanyaan dari orang ramai yang mana mereka mengajukan soalan yang berbunyi “Kenapa tak buat cod? , tak boleh dine in je kan?, bukan jualan bungkus masih boleh?”. Malah dalam masa yang sama ada juga yang siap memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menjual online.
Akhir2 ni byk posting mengeluh drp rakan2 peniaga restoran dlm menghadapi dilema PKP.Bila baca komen2 ,mesti ada yg tanya……. ” kenapa x buat cod?”,…..” x boleh dine in je kan…?bukan ke jualan bungkus masih boleh?..Ada juga yg siap ajar mcmna nak jual online.., mcm2 lah..
Kami owner kedai makan mmg dah bersedia dgn applikasi grab food, foodpanda, oda makan, masuk group COD fb, group wasap COD…hantar sendiri dan mcm2 lagi semenjak awal buka kedai.
Jangan lah ingat kami ni pendek akal duk mengeluh sahaja menanti rezeki dtg bergolek…
Kalau kami ni x panjang akal, kami x akan berniaga. Lebih baik makan gaji x pyh pikir bagaimana nak survive setiap bulan.Utk pengetahuan anda yg mungkin x tahu…jualan online hanya merangkumi 20-30% sahaja drp total jualan harian ..kalau total jualan 1k kami jual online hanya rm200 shj. Musim PKP ni, order online dari aplikasi grab & foodpanda semakin sedikit krn bertambahnya persaingan dgn jualan2 cod drp surirumah2 dan mereka yg buat scr part time. Maklum lah, sekarangkan semua “work from home”.
Satu lagi nak tambah, Food panda kenakan caj 30% drp harga jualan setiap makanan yg kita jual. Bukan kita yg dpt komisen…silap tu kena faham betul2. Sama juga dgn Grab Food..Food panda akan byr balik wang yg di credit ke akaun mereka seminggu sekali ke dlm akaun peniaga kedai makan. Untung kami makin sedikit dgn menggunakan applikasi ni. Tapi x kisah lah…asal laku. Masalahnya pesanan melalui aplikasi ini pun semakin kurang semasa PKP ni.
Dengan pendapatan RM200 – RM300 sehari ,kamu pikir cukupkah utk kami kumpul byr sewa lebih 5k sebulan…hampir 10k sekali letrik ,sewa parking, bil air dsb nya? Itu belum masuk gaji…! Sewa kedai tetap jalan setiap bulan.Cukai bandar, cukai pintu pun berjalan mcm biasa. Installment brg2 kedai pun tetap kena byr bulan2. Jadi cuba lah jangan komen…. kenapa x jual COD ? Penat kami baca soalan mcm tu dr org ramai.
Peniaga yg mengeluh adalah kebanyakkan nya peniaga Melayu, yang Islam.. Mereka bakal akan bungkus sebulan lagi. Bukan seorang dua, kali ni mungkin beratus-ratus peniaga makanan di Kelantan akan bungkus.
https://www.facebook.com/iskandar.a.ismail/posts/10159293768032940?__cft__[0]=AZUA1zelOWL3vx3Q8phFmku972OiNEqH9CJtO-l3W_SnfEc2Ynn9nhf5K85CPZuOeFJvVjXsLcWaAYAI1vFK5OZPpzrDUhPhIpRtet0hUDDf0P5erm9pBuoNHGJmS1pngZU&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: Iskandar Afian Ismail