Sejak kebelakangan ini memang banyak yang kita dapat lihat di media sosial tentang isu-isu kesusahan atau pun kelaparan. Pastinya memang ramai saat ini sedang bertarung hidup. Cuba melakukan pekerjaan apa sahaja demi mendapatkan sesuap nasi.
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Hanif Asyraf di aplikasi TikTok, berkenaan dengan seorang warga emas yang berusia 87 tahun. Dalam video berkenaan, Hanif dilihat menghampiri seorang warga emas yang dilihat sedang duduk berniaga di atas lantai di sebuah pasar di Kelantan.
Walaupun sudah berusia 87 tahun, warga emas ini masih gigih menjual nanas, asam keping dan serai di Pasar Siti Khadijah. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi adalah nenek ini hanya tinggal sendirian di rumah. Manakala sebelah matanya juga sudah hilang penglihatan.
@hanifasyraf1 Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi 😭 Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni #sedekah
@hanifasyraf1Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi 😭 Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni #sedekah♬ bunyi asal – Hanif Asyraf
Menurut nenek ini, jika dia tidak berniaga maka dia tidak boleh makan. Hanif Asyraf bersimpati dengan keadaan nenek ini lantas dia bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan olehnya.
Namun jawapan nenek ini sungguh mengharukan kerana dia hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta makanan bagi mengalas perutnya yang sedang kelaparan.
Tanpa membuang masa, pemuda ini terus membeli dan menyedahkan beras serta makanan untuknya. Memang jelas terpancar senyuman kebahagiaan di wajahnya.
@hanifasyraf1 Ok part 2 😭 nnti saya cari balik makcik ni #sedekah #indonesia #thailand
@hanifasyraf1Ok part 2 😭 nnti saya cari balik makcik ni #sedekah #indonesia #thailand♬ bunyi asal – Hanif Asyraf
Walaupun nenek ini sedang berada dalam kesusahan, dia tetap juga menyedekahkan barang jualannya kepada pemuda berkenaan.
Melihat situasi berkenaan, ramai warganet yang meluahkan rasa sebak melihat perkongsian dari Hanif Asyraf. Malah ada juga yang mempersoalkan di mana anak-anaknya dan pihak bertanggungjawab.
Sumber : TikTok Hanif Asyraf