Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Perlu Berbelanja Minimum 4 Angka, Ramai Terkejut Dengan Harga Yang Ditetapkan Oleh Restoran Gordon Ramsay

Si Bunga by Si Bunga
Jun 24, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
Perlu Berbelanja Minimum 4 Angka, Ramai Terkejut Dengan Harga Yang Ditetapkan Oleh Restoran Gordon Ramsay
0
SHARES
993
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pembukaan restoran oleh chef bersuara lantang dari UK, Gordon Ramsay jadi bualan hangat netizen sejak ia mula dibuka kira-kira pertengahan bulan ini.

BacaJuga

Gordon Ramsay buka kedai di Malaysia

“Mesti Mahal Gila!” Gordon Ramsay Bakal Membuka Restoran Pertama Di Malaysia

Februari 25, 2021
5
Gordon Ramsay akui masak rendang susah

Chef Terbaik Bristish Ini Pernah Masak Rendang Dan Akui Ianya Adalah Hidangan Yang Agak Rumit!

Februari 21, 2021
5

Restoran bertaraf tiga bintang yang terletak di Sunway Resort ini juga merupakan restoran pertama milik beliau di Asia yang berkonsepkan Bar & Grill.

Sesuai dengan konsep yang dibawakan, setakat ini restoran milik Gordon Ramsay ini hanya menawarkan makan malam dan hidangan minuman cocktail.

Menu yang sering dinanti-nantikan peminat chef ini iaitu Classic Beef Wellington turut ditawarkan. Di samping itu, restoran ini juga bawakan beberapa menu signature dari Chef bertaraf Michelin ini iaitu Spiced Beef Tartare with Egg Yolk Confit dan  Arnold Bennett Twice-baked Cheese Soufflé with Mornay Sauce.

Restoran yang boleh menempatkan sehingga 150 orang dalam satu masa ini juga dilengkapi dengan bar koktel dan ruang peribadi untuk pelanggan yang inginkan privasi bersama rakan dan keluarga.

Netizen Geleng Kepala Dengan Harga Minimum Yang Ditetapkan di Restoran Gordon Ramsay

Membawakan pengalaman fine dining dengan suasana restoran yang cukup elegan dan mewah, ramai yang sudah boleh agak harga hidangan yang ditawarkan oleh chef popular ini.

Namun, ramai yang tak sangka ada harga minimum yang ditetapkan oleh pihak restoran untuk pelanggan yang ingin buat tempahan.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Mohd Nashriq telah memuatnaik syarat yang cukup mengejutkan.

Rupanya, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM 8,000 untuk nikmati Mayfair Private Dining di restoran ini.

Tak hanya itu, pelanggan juga perlu bayar wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 4,000 untuk menempah!

Mahal Pun Ramai Tempah

Jelas netizen ini, meskipun harga yang ditetapkan sangat mahal, namun ramai yang masih mampu untuk buat tempahan! Nampaknya, restoran Gordon Ramsay mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut warganet lain, harga yang ditetapkan bukanlah perkara yang mengejutkan memandangkan ia merupakan tempahan bagi Private Dining. Barangkali untuk tempahan makan di tempat terbuka tidak semahal ini.

Restoran Gordon Ramsay

Apa pula pendapat anda? Sanggupkah anda berbelanja ribuan ringgit untuk merasa hidangan ekslusif dari Chef Gordon Ramsay?

Sumber : Twitter @naashriq

Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
free online course
download mobile firmware
Tags: Gordon Ramsay
ShareTweetSend

Related Posts

tak sediakan meja
Berita

Pergi Kenduri Tapi Tuan Majlis Tak Sediakan Meja Untuk Tetamu Makan, Rupanya Ini Sebabnya..

Julai 2, 2022
10
kotak telur
Berita

“Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang

Julai 2, 2022
118
harga siling ayam
Berita

Peniaga Ayam Kota Bharu Jual Bawah Harga Siling Ayam Mentah

Julai 2, 2022
6
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist