Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Goreng Ikan Besar Kena Lipat..”, Ramai Teruja Tengok Kuali Legend Wanita Ini. Siap Boleh Lipat Lagi!

“Nak Goreng Ikan Besar Kena Lipat..”, Ramai Teruja Tengok Kuali Legend Wanita Ini. Siap Boleh Lipat Lagi!

Kategori:
kuali legend siap boleh lipat lagi

Orang kata barangan dapur seperti kuali dan periuk-periuk lama ni sedap guna. Barangan zaman dahulu memang tak boleh lawan barangan zaman sekarang. Kalau ada rosak pun, selagi boleh guna pasti akan digunakan sampai lunyai.

Malah ada juga seorang wanita di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni sempat berkongsi kuali legend yang digunakan olehnya untuk meggoreng ikan.

Menurutnya kuali tersebut sudah 39 tahun. Kuali tersebut dibeli oleh emaknya sewaktu mula-mula kahwin dahulu. Memang betul-betul legend sebab nak goreng ikan besar perlu lipat.

Betul lah orang cakap, barangan lama memang tahan lama. Tengok sahaja lah walaupun sudah dilipat sebegitu, namun ianya masih boleh digunakan.

39 tahun usia kuali legend ini

Belanga mak beli mula-mula kahwin dulu. Dah 39 tahun dah belanga ni. Nak goreng ikan besaq kena ipat belanga laguni. 

Ramai warganet teruja melihat situasi tersebut dan sempat bergurau tak jumpa kuali sebegini di Shopee. Malah ada juga yang mengaitkan kuali tersebut dengan cerita lama seperti cerita batu belah batu bertangkup.

Teruk nau rupa..

Wow..

Kreatifnya..

Tidak kurang juga ada yang mengatakan kuali ini sesuai untuk mendulang emas. Tengok pada rupa tu memang betul. Kalau korang ada barangan lama macam ni. Seeloknya disimpan ya. Simpan sebagai kenangan untuk ditunjukkan kepada anak-anak cucu.

Kredit: Ku Nurerni Fazila Via MATJHN

Baca juga: Tak Sangka Kuali Lama Boleh Jadi Baru, Berkilat Lit Lit. Tukang Masak Ini Kongsi Caranya!

tags: | |