Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rasa Bersalah, Lelaki Ini Sebak Lihat Pak Cik Sanggup Menunggunya Hingga Lewat Malam Demi Mencari Rezeki

Rasa Bersalah, Lelaki Ini Sebak Lihat Pak Cik Sanggup Menunggunya Hingga Lewat Malam Demi Mencari Rezeki

Kategori:
RASA BERSALAH

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar seperti kini, masih ramai di antara kita yang bergelut untuk mencari rezeki. Demi meneruskan kelangsungan hidup, warga emas juga masih lagi melakukan apa jua pekerjaan bagi menguruskan keluarga di rumah.

Hal itu amatlah menyayat hati dan ramai diantara mereka tidak memilih dengan pekerjaan dan waktu, asalkan dapat mencari rezeki yang halal. Seperti mana yang telah disaksikan oleh seorang lelaki yang mula rasa bersalah kerana telah menyebabkan seorang pak cik menunggunya hingga lewat malam demi mencari rezeki.

Rasa Bersalah Kerana Buat Pak Cik Tunggu

Dikongsikan di laman TikTok menerusi akaunnya, alfi_khaibahar94, lelaki itu memasang niat untuk membeli makanan dengan seorang peniaga yang menjual di sekitar Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Sudah biasa berurusan, dia menghubungi pak cik itu untuk membeli dan berjanji akan mengambil makanan setelah pulang dari tempat kerja pada jam enam petang.

Namun oleh kerana tiba-tiba sahaja mendapat tugas yang perlu diselesaikan, lelaki itu terpaksa berada di tempat kerja sehingga malam untuk menyiapkannya. Risau akan pak cik itu, lelaki itu menelefonnya.

Terkejut kerana pak cik itu masih lagi menunggunya untuk mengambil makanannya, lelaki itu rasa bersalah kerana membuatnya menunggu. Malah, perasaan sebak mula terdetik dalam hati dengan kesungguhan lelaki warga emas itu dalam mencari rezeki. Tambahnya, pak cik itu tidak pernah meraih simpati sesiapa dan meniaga bagi menjaga cucunya di rumah. RASA BERSALAH RASA BERSALAH

https://www.tiktok.com/@alfi_khaibahar94/video/7057373475119336730?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@alfi_khaibahar94 Kasihan pakcik smalam niaga sampai mlam blum balik,sya cuba bntu biar boleh awal balik smlam, smoga mnjadi asbab kebaikan😥 #fypシ #xyzbca #foryoupage ♬ suara asli – pisces,,85

Netizen Terharu

Melihat hal itu, netizen terharu dengan perkongsian lelaki itu. Malah, mereka turut mendoakan agar kedua-dua mereka dimurahkan rezeki dan berada dalam keadaan yang baik sahaja. RASA BERSALAH RASA BERSALAH

Semoga pak cik itu berada dalam keadaan yang baik dan dilimpahkan dengan rezeki. Ikhlas demi menjaga cucu, terharu pula melihat dia sanggup menjual sehingga lewat malam.

Kredit: TikTok alfi_khaibahar94

Baca Juga: “Mentang-Mentang Fries Dah Sold Out..”, Terkejut Lihat Sebuah Lori Larikan Kentang Goreng McD Bersaiz Gergasi, Rupanya..

tags: |