Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecoh Raya Mengejut, Sampai Ramai Berebut Ayam Di Pasaraya Sebab Cepat Habis

Kecoh Raya Mengejut, Sampai Ramai Berebut Ayam Di Pasaraya Sebab Cepat Habis

Kategori:
BEREBUT AYAM

Tentunya kecoh satu Malaysia apabila telah diumumkan semalam bahawa tarikh Syawal untuk tahun ini telah jatuh pada 2 Mei dan bukannya 3 Mei seperti yang disangkakan.

Oleh itu ramai yang belum lagi melakukan persiapan yang sewajarnya untuk meraikan Hari Raya. Setelah diumumkan mengenai perubahan tarikh itu, ramai yang berlumba-lumba untuk ke pasaraya bagi mendapatkan keperluan.

Jika dilihat semalam, jalan raya dan pasaraya tiba-tiba menjadi sesak. Sampai ada juga beberapa barangan yang dijual terus kehabisan.

Kecoh Raya Mengejut, Sampai Ramai Berebut Ayam Di Pasaraya Sebab Cepat Habis

Terbaharu, sebuah pasaraya kecoh apabila mula dihujani dengan orang ramai untuk membeli persiapan Hari Raya pada keesokkan harinya.

Memandangkan terlalu ramai orang yang membeli, barangan di sana mula berkurangan. Antaranya daging ayam yang dijual di sana. BEREBUT AYAM

Seorang lelaki yang berada di sana turut melihat reaksi buntu beberapa orang kerana tidak sempat mendapatkannya. Mungkin mereka sudah risau kerana tak tahu lauk apa pula yang perlu dimasak pada tetamu jika tiada daging ayam. BEREBUT AYAM

BEREBUT AYAMTiba-tiba, seorang pekerja di sana tiba untuk memaklumkan bahawa daging ayam yang dicari ramai sudah tiba. Bersyukur, ada juga seorang pelanggan yang menjerit bahawa ayam sekarang bagaikan emas.

Setelah dimaklumkan pada pelanggan, pekerja itu terus beredar dan pelanggan terus mendapatkan ayam-ayam yang ada. Hal itu membuat ramai berasa bersyukur kerana sempat mendapatkan ayam.

@shafismail Ayam bagaikan emas.. #raya2022 #esokraya #fyp #fypシ #esekeli ♬ Cornfield Chase – Dorian Marko

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut bersyukur dengan apa yang terjadi. Rezeki yang tidak disangka betul!

Syukur Masih Ada Rezeki BEREBUT AYAM

Kecoh sangat bila dapat pengumuman Raya mengejut sebegini, kan? Sampai ayam pun menjadi rebutan. Walau apa pun, semoga segala persiapan sempat dilakukan oleh semua.

Kredit: shafismail

Baca Juga: Berbuka Puasa Di Kedai Makan Artis Femes, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Gara-Gara..

tags: |