Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Konfiden Nak Makan..”, Reaksi Lucu Anak Black Saat Makan Oyster Undang Tawa Warganet

“Konfiden Nak Makan..”, Reaksi Lucu Anak Black Saat Makan Oyster Undang Tawa Warganet

Kategori:
Dayyan makan oyster

Oyster atau dalam bahasa Melayunya adalah Tiram merupakan antara makanan laut yang terkenal pada saat ini. Seperti yang kita sedia maklum, Oyster ini kebanyakannya dimakan secara mentah. Sebelum dimakan ianya akan diperahkan sedikit lemon bagi menghilangkan rasa dan bau hanyir. Bagi yang pernah merasai makanan laut ini pasti tahu kan bagaimana rasanya.

Rasanya yang sedikit hanyir dan kenyal membuatkan ramai dalam kalangan kita tewas sewaktu gigitan pertama. Walaupun begitu, tetap ramai juga yang ingin mencuba makanan ini walaupun sudah terbayang apa rasanya. Bahkan memakan Oyster ini juga merupakan satu trend sekarang. Ramai yang ingin mencubanya sendiri.

Gelagat lucu Dayyan saat makan Oyster

Seperti mana yang berlaku kepada anak Black iaitu Dayyan, di mana gelagatnya saat mencuba makanan laut ini membuatkan ramai dalam kalangan warganet pecah perut. Menerusi video yang dikongsikan oleh Black menerusi aplikasi TikTok itu, kelihatan pada mulanya Dayyan sangat teruja untuk mencubanya.

Sambil bertanya tentang Tiram tersebut kepada Black, dia mengopek isi tiram tersebut menggunakan garfu dan kemudiannya menggigit tepi tiram tersebut. Namun setelah mengigit, wajahnya tiba-tiba berkerut seolah-olah menahan rasa tidak enak. Melihat tindak balas Dayyan yang melucukan itu membuatkan Black ketawa sakan.

Mana tidaknya, pada awalnya Dayyan sangat konfiden sebelum akhirnya menyerah kalah setelah gigitan pertama. Belum lagi sempat menelan atau mengunyah, Dayyan memulangkan kembali makanan tersebut kepada ibunya. Dia juga sempat berkata kepada ibunya bahawa tidak sedap.

Akibat dari rasa tidak sedap setelah gigitan pertama itu, dia kemudiannya mengigit lemon. Mungkin untuk menghilangkan rasa pelik akibat dari mengigit Oyster tadi. Telatah atau mimik mukanya itu bukan sahaja membuatkan Black ketawa, malah warga TikTok yang menonton video berkenaan juga turut terhibur.

@hanifahblack Dayyan oh dayyan.. selalu buat hal ..😅😂 #nyawablack #fyp #khaleefdayyan #nivalel #nimemangviral ♬ original sound – Hanifah Black

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok sangat terhibur dengan reaksi Dayyan mencuba Oyster ini. Malah ada yang sempat berkata, Dayyan memang tak pernah tak lawak.

Dalam masa yang sama ada juga yang berasa lucu melihat mimik muka Dayyan ketika mencuba Oyster ini. Ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan Dayyan lebih rela makan lemon dari makan Osyter berkenaan.

Bagi anda yang pernah mencuba, memakan atau merasai tiram ini, pasti anda faham apa yang Dayyan rasakan. Betul orang cakap, kanak-kanak tak pernah menipu. Walaubagaimanapun, soal sedap atau pun tidak ini bergantung kepada diri dan selera masing-masing. Ada yang kata sangat sedap namun ada juga yang sebaliknya.

Kredit: TikTok Hanifah Black

Baca juga:  “Sedap Tiram Mentah, First Time Makan Terus Jatuh Cinta!” Namun, Adakah Ianya Selamat Untuk Dimakan?

 

tags: |