Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Kategori:
Mat Salleh Australia

Menyebut perihal burger, sememangnya ia merupakan salah satu menu yang popular di negara ini. Tidak mengenal peringkat umur, ramai yang menyukainya kerana ia juga merupakan makanan yang memang mengenyangkan.

Rata-rata di Malaysia juga bersetuju bahawa burger tepi jalan adalah burger yang paling sedap dimakan. Ia termasuklah faktor harga yang memang berbaloi dibeli. Selain itu, burger tepi jalan juga senang diminta untuk menyediakannya ikut selera pelanggan.

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Mat Salleh Australia

Terbaharu, perkongsian seorang Mat Salleh Australia yang juga traveler solo mencuba burger Ramly tepi jalan menarik dan mencuit hati netizen Malaysia.

Menerusi video berkenaan, dia memesan burger Ramly dilapisi daging dan dibanjiri dengan sos banjir daripada penjual burger yang dikenali sebagai Abang Bo’bo.

Mat Salleh Australia

“Try Ramly Burger di Malaysia. Sedap! Saya bagi 9/10 rating. Rasanya memang mantap dan enak!”, terang Mat Salleh Australia tersebut dalam video berkenaan.

“Sedap, Saya Bagi Rating 9/10!”

Mat Salleh Australia Mat Salleh Australia

https://www.tiktok.com/@nictravelstt/video/7193140410439568667?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458

@nictravelstt Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia #malaysia #kualalumpur #solotravel #food #ramly #burger #vlog ♬ original sound – nictravels

Meninjau ruangan komen, video daripada nictravels di laman TikToknya dibanjiri komen dengan merekomendasi dirinya untuk mencuba pelbagai versi burger Ramly yang lain.

“Makanan di Malaysia memang sedap. Burger tepi jalan best! Makanan ni senjata kami di Malaysia. Selamat datang ke Malaysia,” kata netizen yang bernama Aryan memberi komen reaksi kepada Mat Salleh Australia berkenaan.

“Nanti try cuba burger daging special tambah pula dengan cheese. Memang perghhh dan tu adalah best combo ever!”, komen Ryan.

Malaysia Memang Syurga Makanan, Try Burger Ramly Cheese Pula – Netizen

Mat Salleh Australia

Memang ternyata, burger Ramly tepi jalan ni bukan setakat murah, malah sedap dan berbaloi apabila dimakan. Yang penting, perut kenyang sebab sedap dan hati tenang sebab harga murah.

Welcome to Malaysia ya! Malaysia memang syurga makanan.

Sumber: nictravels

Baca juga: Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

tags: | |