Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Reaksi Suami Kali Pertama Rasa Masakan Isteri, Sekali Suap Terus Hentak Meja! Terkejut Si Isteri

Reaksi Suami Kali Pertama Rasa Masakan Isteri, Sekali Suap Terus Hentak Meja! Terkejut Si Isteri

Kategori:
kali pertama rasa masakan isteri

Orang kata kalau nak suami sayang, kena jaga perutnya dahulu. Tetapi orang lelaki ini memang suka makan, kalau dapat isteri yang pandai masak lagi mereka bersyukur. Kalau tak pandai pun tak apa, boleh belajar sampai pandai. Namun begitu, ada juga segelintir lelaki tak menghargai masakan isteri masing-masing.

Berkenaan dengan masakan isteri ini, ada seorang wanita bernama Dania berkongsi sebuah video menerusi aplikasi tiktok tentang reaksi pertama kali suami dia menjamah ‘air tangannya’. Pemuda yang dikenali sebagai Aziq itu turut kelihatan teruja untuk makan hidangan isterinya.

Teruja kali pertama makan masakan isteri

Menerusio video yang dikongsikan itu, kelihatan apabila suaminya menyuapkan suapan pertama ke dalam mulut, lelaki tersebut terus memalingkan mukanya dan mengeluaarkan bunyi seperti mengeluh. Namun selepas itu dia tiba-tiba menepuk kuat meja makan sambil menyatakan lauk tersebut cukup sedap.

Kerana tidak menyangka dengan reaksi suaminya yang sedemikian rupa, Dania terkejut seketika sewaktu merakam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@daniaxaziq/video/6916530478371704065?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@daniaxaziqBila suami first time rasa masakan isteri be like 🤣♬ original sound – Dania Hamdan – Dania & Aziq

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat yang dicetuskan oleh Aziq. Ada juga yang turut berseloroh takkan bagi bakal suami tidur dalam rumah sekiranya tak bagi pujian sepertinya. Dalam masa yang sama, para suami juga mengakui bahawa aura air tangan isteri memang terasa lebih istimewa apabila dah masuk ke alam rumah tangga.

Dia punya tepuk tu memang boleh buat gaduh…

Dia kene tidur luar…

Mana nak cari suami macam ni…

Yela, siapa sahaja yang tidak teruja apabila pertama kali dapat menikmati masakan isteri atau air tangan insan tersayang. Semoga rumah tangga yang dibina oleh pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.

Kredit: TikTok Dania & Aziq

Baca juga: “Untunglah Ada Bini..” Makan Bekal Yang Dimasak Isteri, Kawan Dekat Sebelah Pula Yang Tergugat

 

tags: | |