Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Remaja Kejang & Mulut Berbuih, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Kerana Makan Daging Kurang Masak!

Remaja Kejang & Mulut Berbuih, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Kerana Makan Daging Kurang Masak!

Kategori: ,
bahaya cacing pita

Pernahkah anda melihat atau membayangkan situasi di mana otak dipenuhi dengan telur telur cacing? Pastinya ia adalah situasi buruk yang ramai tidak mahu menghadapinya dan membayangkannya. Namun ia boleh terjadi sekiranya anda gagal menjaga kebersihan sebaiknya.

Situasi otak dipenuhi telur cacing ini pernah mendapat perhatian seluruh dunia dan telah dilaporkan didalam Journal perubatan terkenal iaitu New England Journal of Medicine. Kejadian yang berlaku di Faridabad India. Di mana pada mulanya seorang remaja yang berumur 18 tahun tiba-tiba rebah dan dia mengalami kejang otot pada tangan dan kakinya. Buih-buih keluar melalui mulutnya dengan mata yang memandang ke atas.

Remaja lelaki ini dikejarkan ke hospital dan pemeriksan serta ujian telah dilakukan. Hasil ujian scan otak menemui sesuatu yang sungguh diluar jangkaan. Setelah diperiksa melalui ujian MRI, Doktor mendapati terdapat banyak bintik-bintik putih yang sangat aneh dilihat pada filem. Doktor mengesahkan ia adalah telur-telur cacing pita yang telah bersarang di otak.

Hasil pemerhatian lebih lanjut menunjukan bahawa ia adalah telur cacing pita jenis Taenia solium. Bintik-bintik putih itu sahaja di ditemui otak, telur cacing pita itu juga ditemui di mata dan buah zakar remaja terbabit.

cacing pita

Walaubagaimanapun, Doktor di hospital berkenaan menolak untuk melakukan sebarang pembedahan kerana jumla telur cacing yang terlalu banyak memenuh ruang otak. Jika pembedahan dijalankan ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan selain keradangan dan secara langsung ia akan menjejaskan kesihatan dengan mudah dan cepat.

Dr. Nishanth Dev dan Dr. S. Zafar Abbas melaporkan bahawa remaja ini pernah datang ke hospital dengan menyatakan bahawa mata kirinya bengkak disamping sering mengalami kekejangan otak.

Doktor telah memberikan ubat radang dan remaja tersebut diarahkan pulang. Namun malangnya, beliau gagal di selamatkan dan meninggal dunia selepas dua minggu menerima rawatan.

Apakah faktor cacing pita bersarang di otak?

Memakan daging yang dijangkiti parasit ini juga menyebabkan taeniasis. Telur cacing pita ini merebak ke dalam tubuh seseorang akibat daripada memakan daging yang tidak dimasak dengan matang. Remaja malang berkenaan sebelum ini dikatakan amat gemar memakan daging babi separuh masak.

Langkah pencegahan taeniasis/sistiserkosis :

  • Pastikan makanan yang anda makan bersih
  • Basuh tangan dengan sabun setiap kali menggunakan tandas
  • Penyediaan makanan. (Telur akan mati dengan kesejukan – 20C selama 1-3 hari)
  • Memasak daging sekurang-kurangnya hilang warnah merah jambu pada suhu 60-65C.

Walaubagaimanapun tetap lah menjaga kesihatan. Makanlah makanan yang menyihatkan agar kesihatan kita sentiasa terjamin. Sayangilah diri sendiri dan makan lah makanan yang baik-baik sahaja.

Sumber : PHM

tags: | |