Rendang ayam merupakan hidangan yang enak dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning. Menu ini wajib ada pada pagi Hari Raya Aidilfitri.
Untuk resepi rendang ayam ini perlu menggunakan teknik menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng. Selain sedap, teknik ini juga menjadikan rendang ayam tahan lama dan lambat basi. Boleh ulang makan kalau buat masa raya. Pastikan api kecil semasa menumis dan masak sampailah rendang berwarna gelap.
Nak lagi sedap, gunakan bahan yang segar dan elok semasa memasak rendang ayam. Barulah, umph! Santan pula ori dari perahan kelapa parut dan masak sampai betul-betul pecah minyak. Wow, gerenti mak mertua puji melambung lepas ni.
Anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, iaitu masukkan kesemua bahan dalam kuali dan masak dengan perlahan-lahan sehingga masak dan pecah minyak. Apa-apa pun, terpulang pada anda untuk memilih resepi rendang ayam yang paling berkenan di hati.
Pastikan anda tabur hirisan daun kunyit ye untuk aroma rendang ayam yang wangi. Pastikan anda mencuba resepi rendang ayam menggunakan teknik menumis ini ye.
Baca juga: Cara Buat Rendang Daging Yang ‘Power’, Sesuai Untuk Yang Tidak Suka Ayam