Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Daging » Rendang Limpa Dahlia’s Kitchen

Rendang Limpa Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Mungkin anda selalu mengalami masalah memikirkan masakan untuk hidangan tengahari. Anda selalu tidak tahu untuk menentukan masakan yang akan dihidangkan? Anda risau? Jangan risau kerana saya akan membantu anda dalam menyediakan resepi untuk lauk-pauk anda. Pastinya sedap dan sudah semestinya bakal memikat hati seisi keluarga anda. Berikut adalah resepi menyediakan rendang limpa.

Resepi Rendang Limpa versi Dahlia’s Kitchen

***Resipi Untuk 1 Kilo Limpa***

Bahan-Bahan Kisar ( Blend ):

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Setengah Genggam Bawang Putih
  • 3 Batang Serai
  • 5 Batang Cili Padi/Kering ( citarasa masing2 )
  • Setengah Ibu Jari Halia
  • Setengah Ibu Jari Lengkuas

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 Kilo Limpa ( Direbus selama 30min, disiat kulit pertama dan dipotong memanjang)
  • 1 Paket Kerisik ( saiz sedang )
  • 2 Buku Gula Melaka
  • Garam Secukup Rasa
  • Gula Secukup Rasa
  • 1 Kotak Santan ( saiz medium dicampur dengan semangkuk setengah air )
  • 1 Helai Daun Kunyit
  • 8 Helai Daun Limau
  • 1 Keping Asam Keping

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan gula melaka, limpa, daun limau dan daun limau, serta kerisik.
  3. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa, serta sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan asam keping supaya ada rasa sedikit masam.
  5. Siap untuk disajikan.

***Dikacau setiap 10min agar tidak hangus bahagian bawahnya***

Cara cara memasak sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat Mencuba. Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu.

Ikhlas dari saya manfaat untuk semua.

tags: | | |