Jom cuba resepi roti homemade yang semestinya fresh from oven sebab buat sendiri di dapur anda. Resepi yang senang tanpa guna pengawet dan bersih 100%. Yang paling best, 1 adunan untuk pelbagai jenis roti yang anda inginkan.
Resepi ‘1 Adunan Untuk Pelbagai Jenis Roti’
Bahan A:
- 1 biji telur
- 2 sb gula
- 2 sb yis @ 2 paket yis (11g)
- 300 ml air
Cara-cara:
- Masukkan telur, air, gula dan yis. Kacau sebati sehingga kembang berbuih dalam 10 minit.
Bahan B:
- 500g Tpg High Protein@ Gandum
- 2 Sudu Besar Gula
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Marjerin
- 1/8 Sudu Kecil Improver(optional)
Cara-cara:
- Masukkan bahan B dan bahan A sehingga sebati. Adunan memang akan jadi sedikit lembik, tapi jangan risau doh akan ok selepas dah kembang.
- Biarkan doh sehingga 20 minit dan biar naik sekali ganda.
- Doh sedia dibentukkan mengikut roti yang anda suka. Selepas siap bentuk, biarkan doh naik lagi dan baru bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
- Resepi ini boleh dapat 20 biji dalam 45g setiap roti. Boleh juga buat donut dan pizza.
Dibawah merupakan contoh roti yang boleh anda buat.
[foogallery id=”19384″]
Kredit: Ainieani Sam