Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

Kategori: ,
resepi agar-agar lumut

Anda peminat tegar agar-agar? Jika ya anda wajib cuba buat agar-agar lumut yang mudah dan sedap perkongsian Roslina Shaari ini di laman facebook. Sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Cara yang digunakan oleh wanita ini juga berbeza kerana agar-agar lumut ini kelihatan amat cantik.

Tapi ingat, lepas buat tu masukkan dalam peti ais terlebih dahulu ya. Pastinya agar-agar anda akan jadi lebih sedap dan menyelerakan!

Cara Membuat Agar-Agar Lumut Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan agar-agar |di cuci
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 2 cawan santan da pandan
  • Secubit garam
  • Sebiji telur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air sampai hancur.
  2. Pukul telur dan campur ke santan.
  3. Masukkan gula, garam dan santan ke dalam agar-agar.
  4. Masak sampai mendidih dan kacau.
  5. Mendidih lagi baru padam api.
  6. Tuang dlm loyang.
  7. Tunggu sejuk letak dlm peti ais.

Mudah sahaja kan nak buat Agar-Agar Lumut ini? Bahan yang diperlukan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom buat sekarang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : Roslina Shaari Ina Kie

Baca juga: Agar-Agar Santan Gula Melaka Nampak Simple Je Kan? Tapi Rasa Dia Luar Biasa Sangat. Ini Resepinya

tags: |