Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Agar-Agar Santan Gula Melaka Nampak Simple Je Kan? Tapi Rasa Dia Luar Biasa Sangat. Ini Resepinya

Agar-Agar Santan Gula Melaka Nampak Simple Je Kan? Tapi Rasa Dia Luar Biasa Sangat. Ini Resepinya

Kategori:
resepi agar-agar santan

Agar-agar santan gula melaka merupakan agar-agar yang di masak bersama dengan santan. Nampak simple je kan? Tapi rasa dia sedap yang amat. Kalau letak dalam peti ais lagi lah bertambah sedap. Agar-agar santan gula melaka ini juga boleh dihidangkan untuk apa-apa majlis.

Cara membuatnya juga agak mudah. Bagi yang menggemari pencuci mulut seperti ini, bolehlah melihat perkongsian resepi dari Jamal Dan Ashaman ini. Sangat mudah dan sangat sedap!

Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gram agar-agar tali (rendam dalam air sehingga kembang)
  • Air untuk masak agar-agar(sukat jika agar-agar 1 mangkuk, air jadikan 2 mangkuk)
  • 2 biji telur
  • 1/2 mug santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula melaka/gula merah + sedikit gula putih (masak bersama air dan daun pandan – jadikan 1 cawan air gula yang agak pekat)
  • Daun pandan
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus agar-agar tadi bersama air mengikut sukatan. Rebus sehingga agar-agar betul-betul kembang.
  2. Masukkan air gula tadi dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula secubit garam.
  3. Kemudian masukkan telur dan santan ke dalam periuk. (kisar dulu santan dan telur sehingga kembang).
  4. Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak macam berkepala (santan dan telur dah mulai pekat).
  5. Tutup api dan curahkan ke dalam loyang.
  6. Sejukkan agar-agar terlebih dahulu dan masukkan dalam peti sejuk.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Agar-Agar Santan Gula Melaka ini? Ada rasa lemak, manis dan sejuk. Memang kena dengan selera orang Melayu. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: ‎Jamal Dan Asmahan‎

Baca juga: Resepi Puding Lumut Butter Dua Layer yang Menyelerakan, Sangat Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba Sekarang!

tags: |