Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Air Asam Sedap Menyengat, Mesti Tambah 2 Bahan Ni & Gaul Bersama Baru Rasa Makin Mantap!

Resipi Air Asam Sedap Menyengat, Mesti Tambah 2 Bahan Ni & Gaul Bersama Baru Rasa Makin Mantap!

Kategori: ,
air asam sedap menyengat

Kalau makan ikan bakar, daging bakar atau ayam bakar, mesti tak lengkap kan jika tidak dicicah dengan air asam. Air asam ni mudah sangat disediakan namun tidak semua mampu menghasilkan air asam yang sedap. Ada ketika, air asamnya cair dan rasanya tak cukup ngam.

Resepi perkongsian Ameera ini boleh bantu korang dapatkan air asam yang pekat, sedap dan menyengat. Mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Resipi Air Asam Sedap Menyengat, Mesti Tambah 2 bahan Ni & Gaul Bersama Baru Rasa Makin Mantap!

“Air asam menyengat. Mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke-4. Selalu buat cicah dengan ikan sahaja. Ikan tu ibu kukus je. Berpinggan weh. Cubalah!”

Bahan-Bahan:

  • 10 cili padi
  • 2 biji besar cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • asam jawa biji
  • belacan
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu makan gula
  • sedikit garam.

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ni. air asam sedap menyengat
  2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini bari air asam ‘kick’. air asam sedap menyengat
  3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh. air asam sedap menyengat
  4. Air suam 1 cawan. air asam sedap menyengat
  5. Campurkan semua dalam mangkuk. air asam sedap menyengat
  6. Masukkan garam sedikit. Gula 2 sudu makan. air asam sedap menyengat air asam sedap menyengat
  7. Belacan hancurkan, guna tangan sahaja. air asam sedap menyengat
  8. Ini bahan yang selalu orang tak letak, kita letak. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan. air asam sedap menyengat air asam sedap menyengat
  9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya. air asam sedap menyengat
  10. Akhir sekali, gaul semua ini.
  11. Dah siap, boleh makan dengan ikan kukus atau ikan bakar. air asam sedap menyengat

Dah siap dah menu air asam sedap menyengat ni. Lagi power lagi mantap ikut cara ni tau! Boleh makan dengan ikan, ayam, sotong bakar atau apa-apa lauk yang korang nak. Selamat mencuba semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Ameera

Baca juga: Resepi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

tags: | |